Isnin, April 27, 2009

AWARD? HAAA?



Haha, xpenah pun kena tag n dapat award2 nih.. 1st time..
(erk? award nih utk ape hah?)
anyway, tenkiu kat Prebet Una sebab memperuntutkan sdikit maser utk bg award nih..hehehehe..

Una suh tulis sumthg.. 10 perkara pasal diri sendiri? hummm..? ok..
SAYA SEORANG:
1.G
2.U
3.R
4.U
5.&
6.C
7.I
8.K
9.G
10.U

Hehehee... bukan ker guru n cikgu tu samer jer? (eheheheheeeee)..

Sabtu, April 25, 2009

My Current Health

HEALTH TEST RESULT: ALIAS

Smalam maser jalan2 kat Tesco Mergong tu, tetiber ternampak mesin ukur2 BMI, lemak, n macam2 lg lah kat tepi tiang.. Macam best jer? So aku test la, sumbat 2 ringgit kat mulut mesin tuh, dia sedut, n mula la kira2 tinggi aku, berat, lemak, blood pressure, etc..

Tadaaaa! Result dia macam kat atas tu la!! Hehehe.. Bagoss2, sihat aku nih, ptg nih nak bagi lagi sehat wal afiat! (nak g brenang lagi!)....

Korang pown eksesais ler bebanyok yer? kalo nak tahu jantung korang kuat ker tak? Korang kira la degupan nadi kat leher.. Jantung yang sihat berdegup tak lebih 60 degupan seminit.. Tak tau kira? Camni:

1. Sentuh nadi kat leher,
2. Kira berapi kali nadi dalam masa 10 saat,
3. Bila dah kira, darabkan dengan 6 (sama dgn seminit la).

Contoh: 9 kali degupan dlm 10 saat x 6 (seminit) = 54 degupan! <--jantung yang sihat!

Kenaper semakin kurang degupan semakin sihat? Sebab, maser kita eksesais, jantung kita bekerja dengan teruk. Jadi, lepas eksesais, jantung kita rehat dan recover. So, dia akan pulih dan menjadi lebih kuat. Jantung yang kuat tak perlu pam banyak kali untuk menolak darah ke seluruh badan. Jantung yang lemah pulak kena pam banyak kali untuk bagi darah sampai ke seluruh tubuh badan.

So, semakin banyak degupan jantung, semakin tak sihat lah anda, semakin kurang degupan jantung, anda semakin sihat! =)

P/S: (Org lain: Erk? rendah nyer budak nih?)
(Aku: Eheheheheeeeeeee...)

Jumaat, April 24, 2009

I'M BACCCKKKK!!!

YAHUUUUUUUUUUU!!!
"Hujan emas di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri". Pepatah ni paling 'seswaaaai' sekali untuk aku yang baru saja menghabiskan seminggu yang menjerihkan! Haha!

Tadi, pukul 8 malam, aku & kawan2 sampai ke Institut Perguruan Perlis yang best sgt nih! (ape yg best sgt pown aku x tau).. Habis saja kursus di Penang tengah hari tadi, kitorang merewang2 jap & baru bergerak balik. Sampai di Alor Setar (Aloq Setaq) singgah Tesco Mergong, makan KFC barang seketul dua, blah.. Tak lama pastu, sampai la IPPP (Institut Perguruan Perlis, Perlis - huh..huh.. nak tulis nama penuh maktab aku pown dh x larat...huhhhh)..

Kat Penang tu sebenarnyer aku gi Kursus Kejurulatihan Renang Level 1.. Dari petang Isnin lepas kitorang dok ulang alik ke MSN Penang, masuk kolam PISA, balik singgah Tesco, & tido kat I4P jer.. Tempat2 menarik tak gi sangat, malas! Tp ader la gi Padang Kota makan rojak sambil diiringi koir mamak kat situ yg 'layaaaann' jer dgn lagu "rojak! rojak! rojak! rojak!" sampai naik boring aku dibuatnya.. Seminggu tu, tiap2 hari attend kelas & berenang jer, jadual padat buat kitorang jd letih! Hiiiiisshh <---xtau nk describe letih camner, buat bunyi jer! Hehe..

Malam ni, sambil2 aku tulis entry ni, tetiba RealPlayer aku memainkan lagu Beautiful Maria of My Soul.. Segera memori aku terlintas Rahsia Perindu, Langkawi, dan.. Jiwaku dibungai Maria dan magis cintanya... la~la~la~

Ahad, April 19, 2009

SUNYI

Kelmarin dulu (kata orang utara), maksudnya 2 hari lepas, aku menjalankan rutin khamis aku ngan member-member - berenang. Aku nih kalo ikut cakap classmates n junior aku, dorg kata aku pantang tengok air.. kalo nampak air jer mesti nak terjun! (wei, air longkang, air kumbahan, air parit tuh dikecualikanlah) <--tulis dulu seblom kena hentam balik! miahahahahahaha (gelak frodo)..

Rutin aku dengan kawan-kawan, 2 kali seminggu pergi berenang. Tiap Selasa dan Khamis. Kadang2 tu termiss sehari kitorang ganti hari Sabtu atau Ahad.. haha sbb minat giler berenang ktorang sanggup!

Kenape aku kata SUNYI? Sbb semasa di dalam air kita tak dengar sebarang bunyi bising (melainkan bunyi enjin pam air yg halus n x kuat bunyinya).. aku suka perasaan tu. Terapung-apung di dalam air, tanpa menjejakkan kaki sambil melihat orang-orang yang terkuak-kuak di atas. Dari situ aku melihat manusia dari sudut yang berbeza. Dalam persekitaran yang seolah-olah bergerak perlahan, masa seakan-akan beranjak begitu lambat.. Walhal pergerakan di dalam air memang begitu.

Dari situ aku beroleh ketenangan. Seolah-olah segala beban kerja meresap dari tubuh aku ke dalam air. Segala kesibukan dilupakan. 1001 macam bebanan terlepas dari menyendati dada. Rasa gembira dan puas walaupun berenang atau terapung selama 2 jam (kadang2 tu aku duduk tepi la jgk - nak mampos berenang 2 jam! hehe)

Dunia yg sunyi, dunia di dalam air.. Kalaulah aku ikan, aku x akan menghargai rasa ini..

Khamis, April 16, 2009

AKU DAN DUNIA YANG LAIN

Seperti ayat2 blogger slalu tulis - DAH LAMA X UPDATE BLOG NIE...bla.. bla..bla.. ataupun, IT'S BEEN A WHILE SINCE..bla..bla...bla..

Haha, macam org lain jugak, aku pun nak tulis macam tu. Dah lama aku tak menulis kat blog nie.. Sibuk sangat! Minggu lepas kalut dengan esaimen dan BIG.. bawak laptop pi BIG pun tak jadi kerja.. Dah aku nih dasar pemalas.. haha!

Terlalu sibuk menguruskan macam-macam benda membuatkan aku desperate nakkan ketenangan dan waktu terluang.. Kalau dapat satu masa yang tak ada orang kontek dan dapat main DOTA dengan kawan-kawan aku rasa sangat bahagia.. <--hoho ala ala touching la plak ayat nih.. Kelmarin aku pi Kem 504, jumpa Mejar Ismail - OC Pejabat Latih yang baru.. 2 hari lepas pulak, aku terlepas peluang pi Usrah Usbu'i kat rumah Ustaz Zul (rugi dah).. Minggu lepas, jadik Pembimbing BIG kat Pulau Pangkor.. Semuanya kalo pikir2 balik memang clash antara satu sama lain..

4 dunia berbeza dan situasi yang berlainan membuatkan aku terpakse tune diri aku ni kepada mode2 berbeza setiap masa.. Sebab tu sejak akhir2 ni, aku terasa semakin serabut dan terlupa banyak perkara.. (Ish, dah nyanyuk aper orang tua nih?) Hahaha..

Guru, Askar, Pembimbing, Dakwah.. Beberapa dunia di sekeliling aku.. Dengan beberapa kudrat yang ada.. Aku gagahkan juga..