Selasa, Oktober 20, 2009

IRONIKNYA SEBULAN LAGI, 9 NYAWA, AKU

Sebulan lagi. Betapa dua kata itu memberi makna yang berbeza kepada setiap sesiapa. Satu tempoh 30 hari yang biasa dan juga luar biasa.

Bagi peminat penulis kesayangan Ramlee Awang Murshid, tempoh sebulan ini adalah debaran menanti buah tangannya yang ditunggu sekian lama. Karya 9 NYAWA yang diilhamkan oleh anaknya bakal menerjah pasaran. Aku kali ini mungkin tidak dapat menjadi pembaca pertama seperti HIJAB SANG PENCINTA dahulu. Hehe, yang bestnyer ada nama Kimot dgn Kak Sue dalam nie! Best2! Tapi aku tetap x puas hatiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!! Huwarghzzxkkkxxzztttsss! <--fire Kimot dgn Kak Sue dgn pancaran Otromen!

Aku sendiri ternanti-nanti novel baru itu. Sudah lama aku tidak membelek-belek helaian novel sejak menghabiskan V3 karyaan Hilal Asyraf, penulis muda berusia 20 tahun. Aku menginginkan jenis bacaan seperti tulisan Abang RAM. Berbeza dan saspen. Sesekali selitan dakwah halus menyantap kesedaran rohani. Semua itu rencah, bagi aku dan kami pembaca setia itulah elemen yang menarik kami seperti magnet. Suatu masa, ketika membaca Hijab Sang Pencinta. Penamat yang menimbulkan persoalan telah memeningkan ramai pembaca, termasuk aku. Tambahan pula namanya trilogi, mestilah habis setakat tiga buah novel saja kan? Tapi, ketika itu aku merasakan pasti ada penyambungnya. Hinggalah beberapa bulan dahulu, kakakku (Illa Kuantan) memaklumkan CINTA SUFI. Aku pun apa lagi, melompat lah! Suka sangat!

Hehe, apa2 pon tahniah la ada nama kat dalam tu! =) nak tunggu keluar nama "Alias" dlm novel Abg RAM tunggu kiamat je la.. hehehehe..

Bagi aku, sebulan lagi aku akan menamatkan pengajian di sini. Hampir 6 tahun bermastautin di bumi bercuaca panas. Aku kelawangan. Perasaan bercampur-baur antara sedih dan gembira. Antara teruja dan berdebar-debar. Antara pilihan dan ketentuan. Ceh, kadang-kadang terasa hampeh plak layan jiwa2 camnih! Yuck! Buat selamba dah ar..

Sedih - kerana di sini terpahat memori banyak perkara. Juga perpisahan dengan rakan-rakan. Juga mengenangkan nasib dan masa depan bekas-bekas muridku semasa praktikum dahulu.

Gembira - mungkin kerana dah tak payah belajar? Wakakakak! (menuntut ilmu itu seumur hidup la!) TOLABAL ILMU MINAL MAHDI ILAL LAHDI! Gembira mungkin kerana tak terikat dengan jadual 'belajar'. Jadual 'mengajar' lebih menyelesakan diri sebenarnya. Aku pun gembira sebab boleh berkhidmat, mengajar, dan menabur bakti membentuk dan mendidik anak bangsa.. "di wajah anak-anak muridku.. aku melihat cahaya..."

Teruja - tak tau nak posting mana lagi, 1 November ni baru tau. <--ni termasuk berdebar-debar, pilihan dan ketentuan. Sebab aku pilih nak posting Pahang. Entah mana la dapat nanti...
Pemandangan di ladang tebu, Chuping, Padang Besar, Perlis. Kawasan ni betul2 di sempadan.Ladang tebu lagi - luas dan indah seperti prairie.Pemandangan dari atas Bukit Sami. Matahari ketika itu baharu sahaja terbit.
Sebahagian rakan sekelas - 1MALAYSIA! Nie di Kuala Perlis.

Bumi ini, yang kupijak saban hari. Udara ini, yang kusedut saban waktu. Angin ini, yang panas dan mengelus lembut hari-hariku bakal berakhir. Tinggal sebulan lagi aku akan menjadikan segala ini memori. Rakan aku, junior aku, adik angkat aku, padi yang hijau indah, bumi yang luas menenangkan, dan ladang tebu yang seperti prairie.. Terasa sayang untuk meninggalkan semuanya.. Aku pergi dan entah bila akan datang lagi...

Ahh! Malas nak layan perasaan nih, bulan depan la buat ayat2 syahdu sket..

Selasa, September 29, 2009

"KORANG SEBAT AJER BUAH RAMBUTAN PAK MAIL TU!"

kata mamat kepada abu. <--sambungan drp tajuk entry..

hehe.. sebnanyer nk tulis pasal isu kartika.. dah alang2 papa ibad minta penjelasan yg berkenaan, maka termenari lah jari ini buat ke sekian kalinyer... (tiru papa ibad: when the finger dance! huhuhuhu)

Sejak beberapa bulan yang lalu, isu hukuman sebat ke atas peminum arak di khalayak ramai telah menimbulkan kekecohan baik di media massa dan media cetak (aper beza media massa & cetak ar?).

Pesalah yang merupakan bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarno yang merupakan warganegara Malaysia (sama macam Hendy Putra classmate aku kat SMAI tu la, nama jer indon tp warganegara yg lebih malaysia dr malaysian, kan hendy?).

LATAR BELAKANG
Kartika didapati bersalah apabila ditangkap di sebuah resort di Cherating dalam keadaan memegang minuman keras. Pada masa penangkapan, terdapat 5 individu yang beada di tempat terbabit. 2 orang berada jauh sedikit daripada meja, dan 3 orang (termasuk Kartika) berada di meja dan meminum minuman keras.

2 individu tersebut negatif ujian alkohol, manakala Kartika dan 2 lagi rakannya yang duduk di meja adalah positif, namun 2 orang rakannya tidak disebat kerana mereka berdua telah membuat rayuan agar tidak dikenakan sebatan dan hanya membayar denda.

Kartika kemudiannya dijatuhi hukuman sebatan oleh Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunos (thanx Hendy sebab betulkan).

ISU SEBATAN
Sebenarnya, Kartika bukanlah individu di Malaysia pertama yang dijatuhi hukuman sebatan kerana minum arak. Pernah beberapa kali hukuman yang seumpamanya dijatuhkan ke atas peminum-peminum arak sebelumnya, namun mereka diberi pilihan sama ada untuk menerima hukuman sebatan atau membuat rayuan untuk terlepas hukuman sebatan dan hanya didenda sebanyak RM5000 sahaja <--sori la kalo ada fakta yang salah di mana-mana, yer..

Sebatan menurut syarak adalah tidak kejam dan bertujuan untuk mendidik dan menimbulkan keinsafan oleh pesalah dan masyarakat. Pun begitu, pelaksanaan hukuman sebat syariah masih belum pernah dijalankan lantaran pesalah cenderung untuk membuat rayuan dan terlepas hukuman tersebut (plus, dorg ni byk duit nk byr denda yg x seberapa tu)..

Bagaimanapun, Kartika sanggup menerima hukuman sebat kerana insaf dan tidak mahu mengulangi lagi kesilapannya yang lalu. Sekadar memetik kata-katanya dari akhbar, beliau ada menyatakan bahawa sekiranya tidak ditangkap dan disebat, beliau mungkin masih bergelumang dengan dosa dan tidak akan berubah.

PGSM pula, dalam isu ini menyanggah kata-kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana mengeluarkan kenyataan negara tidak mempunyai jurusebat syariah. Justifikasi mereka: hukuman tersebut pernah dijalankan di kelantan beberapa tahun dahulu. Tambahnya lagi, tidak mungkin Mahkamah Syariah negeri Pahang menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui wujudnya jurusebat terlebih dahulu?

ABIM pula, mengatakan bahawa kekeliruan masyarakat dan tiada pemahaman menjadikan isu ini polemik. Bahkan ada juga pemimpin-pemimpin tinggi negara yang menggesa Kartika untuk membuat rayuan terhadap hukumannya itu. Mungkin pemimpin tinggi itu tidak faham 100% pelaksanaan hukuman ini yang menyebabkan mereka bersungguh menggesa Kartika untuk merayu? (atau, mereka pon minum? erk? lariiiiiiiiiixxxxxxxxxxxxxxxx) Atau, mereka tidak mahu memberi ruang untuk hukuman syariah "menapak" lebih jauh dalam sistem perundangan negara? (entah laa...)

PROSEDUR & SPESIFIKASI SEBATAN
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala/merapatkan siku ke tubuh seolah-olah menyepit buku di ketiak dan tidak jatuh).
7. Tidak melukakan kulit pesalah.
8.Pesalah memakain pakaian yang menutup aurat dan tidak tebal.

Ini adalah caranya sebatan ke atas pesalah wanita. Dengan berpakaian menutup aurat, rotan yang kecil dan tidak boleh mengangkat rotan melepasi kepala perotan, dan jika mengandung ditangguhkan terlebih dahulu. Bukankah ia sungguh ringan berbanding sebatan sivil yang dirotan tanpa pakaian dan rotannya sangat tebal. Sebat didalam Islam tidak melukakan tetapi memberi pengajaran. Dan dibuat di khalayak ramai supaya dapat memberikan pengajaran kepada orang lain.


PENDAPAT
Namun, bagi penulis, di sebalik hiruk-pikuk isu sebat Kartika ini, penulis memuji sikap Kartika yang insaf dan rela bertanggungjawab atas kesalahan sendiri. Sikap seperti inilah yang harus dipraktikkan oleh kita umat Islam masa kini.

Setiap daripada kita tidak lepas daripada melakukan kesalahan, tetapi, sebaik-baik orang yang membuat salah itu ialah orang yang bertaubat...

(kredit utk blogger ni pasal info2 sebat menyebat ni yer!)
http://inspirasihana.blogspot.com/2009/08/beza-sebat-syariah-dan-sebat-sivil-info.html

Sabtu, September 26, 2009

AKU, KAWAN2, ISU KARTIKA, & MEMBER KAHWIN

SATU:
"!!!!!!!!!!!!!!!!!" <--ni ialah perasaan best giler dapat jumper member2 hingga x dapat diterjemahkan dgn kata2! (kalo paham translate la yer!, hehehe). ada antara member2 aku yg dah 6 tahun x jumpa.. windu siottttttt! korang semer ntah lari ke mana slamer ni ar? nasib baik tahun nih dapat jumper korang!

mula2 ari khamis tu azrol (wei, nama aku azrul la!) (azrol tu azrol hakimi, silap. sori azrul! hehe!) dorg dtg umah aku, beraya.. pastu dgn x plan haper2 terus terjah umah memember g rayer (x kesah dah sbb time rayer la kite bley terjah umah org sesuker hati mak bapak kita kan?).. kami g umah ustazah pesah - x ada! ustazah pon g raya la tu! pastu g umah habib - lega dia ada! raya umah dia jap, mkn2 kuey & gerak g umah ckgu nurul (habib guide).. sampai, ckgu nurul plak blk kampong, cheisss, no tepon dia xder, tu yg problem, kalo x bley call awal..

pastu, kami terjah umah ustzh rubiah - ada! best dpt jumpa, tp kami bgtau ustzh, esok kami dtg lg ramai2! ptg tu dh kul 7, saja2 dtg nk usha ustazah ada ke x.. sori ye ustzh.. pastu, mlm lepas solat maghrib g umah asyrafuddin.. (asyraf kat UIA kuantan skang - buat community health) sembang2 jap, pastu g ecm (east coast mall), bli hadiah pendi kat kwn2 yg nak kawen.. bli set teh.. 2 set!

DUA:
jam 0800, hendy dah janji ngn kengkawan nk kumpul kat umah azrul.. penat tunggu, dorg pun jalan dlu ke umah aku. azrul naik ngn shahmi TUDM.. shahmi ni dah lama aku x jumpa - 6 tahun! dpt jumpa balik aku tgk shahmi dah lain.. perangai mcm dlu jugak tp dlm ati aku nampak dia nih dh jadi mesin pembunuh (yg islamik) - bagos mie, bagossssss! tabik tuan! (fiy: shahmi ni Kapten d TLDM) kapal2 di lumut tu sumer dia yg jaga, kalo rosak enjin team dia yg akn handle - perghhhh salute ah! (aku enjin keta pon x tahu haper! haha)..

tunggu punya tunggu, hendy n duang sampai kul 9 lebih.. ceh, janji melayu! walopon hendy ialah indon - "tp, aku lebih malaysian dr malaysian" (Hendy, 2009).. tp, ye la, duang ader kerja sket, terpaksa tlg famly, lewat sbb tu dimaafkan yer! hehehe.. jap lg, fadhu n apis suleiman sampai.. apes pon dh 6 taun x jumpa! dh ngajo dh dia! fadhu plak skang jdk guru ganti d SM Bandar Tun Razak - ostat tuh! (fiy: duang n hendy still kat UIA kuantan)

beraye la kejap dorg kat umah aku, pastu kami konvoi ke umah ustzh siti hawa.. sihat lg dia, jaga cucu! ptg2 dia g ngaja ngaji kat masjid, ajar mak2 datin agama - bagosss2! lepas tu kami g umah shahmi.. umah shahmi kat blakang restoran zaman (pasni nk tanda umah2 yg dh pegi kat dlm google earth la).. pastu, raya d umah atok shahmi (bekas askar - yg paksa shahmi masuk askar).. lepas tu, g smayang jumaat kat jaya gading..

habes smayang, kami g umah syaukat, hajat nk g umah rosa dia x blk dr kampong lg la pulak.. kat umah syaukat jumpa abg latip (SMAI 2000).. umah syaukat d jalan bahagia dekat dgn skolah.. habis, kami g umah mudir (haha).. jumpa mudir yg dok rehat2.. dia buat lawak! "dulu dia x lawak mcm ni masa kat skolah, dia pendam kot!" (Syed Amar, 2009).. kah kah kah! hendy plak malu2 kucin time nampak widatul hannan.. time kitorg usik2 hendy, mudir mcm dpt detect jer! heh heh heh...

abes tu, kami g panching.. hajat serbu umah faizal n aizad.. call2, aizad xder kt umah, chiss, x dpt jumpa! aku nk sgt jumpa aizad, aku dgr2 dia dh gemok! aku nk picit2 dia jadik kecik cm dulu balik! siap ko aizad! heheheh... g umah faizal, makan2.. cian faizal, kul 1 dh siap masak! hehe, kami sampai kul 5! solat asar kt umah faizal.. pastu gerak..

kami menuju ke umah abie.. "nu-ur a-a-bi-da-tul a-a-ti-i-qoh! kat rumah panggil apa?" tanya ustaz syukri kpd abie.. jawab abie: "kak ngah!" habis berderai gelak kami 1 dewan masa kat SMAI dulu.. nama panjang, panggil kak ngah.. hehe.. abie masih mcm dulu lg, dia baru abes USIM.. umah dia d taman tas..

pastu, kami serbu umah ustazah rubiah plak.. sembang lawak2 ngan ustazah.. siap dia wat lawak time shahmi tanya ustazah buat apa skarang? "tgh duduk la" jawab dia.. kah kah kah.. pastu, 2 3 kali shahmi tanya pasal kereta nostalgia ustazah kat luar, dia kata: "kenape? awak nak beli ker?" hihihihi, lawak2!

kami solat maghrib kat masjid permatang badak, lalu dgn slamber nyer menerjah umah ustazah pesah (lepas call dia & tersilap jln siap).. dia sihat lg, jd ejen HPA, & lg 5 tahun nk ngaja d SMAI.. ustazah nmpk mcm x brubah.. muka nmpak muda ajer.. katanya, geng2 SMAI 2000 ada dtg - azrul hadi (pentochure syaukat & amin), muhazam (memi, dh jd imam masjid lipis), & ??? (qari SMAI 2000 dlu).. seronok ustazah kami g umah dia..

last skali, kami g umah fadhu.. jumpa ayah dia. ayah dia hakim syarie mahkamah syariah kuantan, Datuk Abdul Rahman - dia la yg jatuhkan hukuman sebat ke Kartika tu.. so, kami pon amek peluang tanya mcm2 pasal kes tu (alang2 hakim tu sendiri dh ada depan mata).. seronok datuk tu jelaskan kat kami mcm2.. prosedur.. pihak yg terlibat.. proses perbicaraan.. katanya, CNN pon ada dtg pejabat dia, tuduh kita ni BARBARIC MUSLIM sbb sebat2 org minum arak.. lepas datuk jelaskan n tunjuk dokumen pelaksanaan (versi BI) kpd wakil CNN baru la dorg paham n senyap - tp ntah la dorg nk buat laporan betul ke x dlm tv).. datuk kata, sebat syariah bertujuan utk mendidik, tgn xleh angkat tinggi, siku rapat ke sisi tubuh seolah2 sepit buku, buku tu x jatuh! sebat la 6 kali.. x sebat 40 kali sbb kerajaan negeri benarkan 6 kali jer.. objektif sebat tercapai sbb pesalah insaf & terdidik.. aku salute la kartika nih.. ramai2 la kita doakan dia jd muslimah yg lebih baik lepas nie, kan?

abes, balik.. esok ada program yg best lg.. arini abes g 11 buah rumah.. (hah!?)

TIGA:
kul 0800, aku n shahmi g SMAI.. tgk2 skolah yg dirindui banget! g jalan2 TC jap.. g tepi laut, lama dh x g TC.. pastu bru g umah apis suleiman.. ada open house.. kami kumpul d situ ramai2, bru gerak ke kenduri umah hamiyah, lepar hilir 3.. tgh jln, widatul hannan, syed, iqbal, azmin, rosazelina, abie, dll join kami.. meriah konvoi.. sampai2 umah amie, ramai dh ader - ja'a, amir, soddiq, duan, tadha, naim, syahid.. perghh, lama x jumpa set2 nih! sori amir, aku x g raya umah ko, tggu aku bli keta dlu! heheheh (kawan2: woi, tggu ko ada lesen dlu la!) eheheheheheeee...

abes, kami gerak g kenduri umah hanani.. jumpa2 amek gambo abes.. meriah giler, dh jd mini reunion dah haa.. dua2 umah kenduri sronot tgk kami dtg ramai2.. hehe.. pendi x dpt dtg, tp kirim hadiah mlalui aku jer.. hendy plak buat hamper, cutting ramai2..

LAST:
semua balik.. salam2.. peluk2.. sedih.. member2 skolah x mcm member2 U.. member2 skolah ni member2 time membesar, byk benda lawak berlaku spanjang 5 tahun skolah.. byk kongsi pengalaman yg mengiburkan (sedey pon ader la wei).. dpt jumpa blk adalah sesuatu yg patot kami syukuri.. masing2 dh lain.. punya peranan berbeza, tugas & kerja pon mcm2.. ader bisnesman, ader cikgu, ader pensyarah, ader askar, ader peguam, ader ustaz, mcm2 lg lah! byk! harap2 ukhwah ni kekal selamanya..

ok, jumpa korang sumer REUNION 2013 ok! hendy, ko arrange yer, jgn x arrange! heh heh heh (hendy pensponsor tetap alumni)..

(hendy: wei kutip duit yuran alumni cepat la, kan masing2 dh kerja! ganti balik duit aku time reunion dlu!)

(kami: okay2, pakcik hendy.. perintah dituruti)..

heh heh heh.. habisss, satu lg pengalaman yg tak ternilai.. (wei, aku nk gambo2 yg korang tangkap arie nie wei!)