Jumaat, Mac 20, 2009

KAMI YANG DIHARGAI

SEMALAM 19 Mac 2009, hari bersejarah buat aku yang kemaruk sakan menunggu karya terbaru Abang Besar kita - MIKHAIL!

PERTAMA sekali, sebelum bersembang lebih panjang, aku nak ucapkan TAHNIAH buat Abang Besar RAMLEE AWANG MURSHID sebab berjaya lancarkan MIKHAIL dalam tempoh yg singkat jer, x perlu kami tunggu lama-lama sangat!

SEBENARNYA, baru saja semalam aku dapat tau yg MIKHAIL akan release hari ni. Tapi, tengah sembang2 kat blog RAMFC, Kak Elle bagitau yang MIKHAIL bleh didapati di ALAF 21, aku terus ambik keputusan untuk pergi beli - alang2 aku ader kat umah kakak aku di Kota Warisan.

DIPENDEKKAN cerita, setelah cari map kat alaf 21, tengok2 jalan kat Google Earth, aku pon memulakan perjalanan gila ke Alaf 21. Naik ERL, naik Komuter, jalan kaki 12km total! Baru la aku dapat menggenggam MIKHAIL dengan perasaan yang puas! Kendian, dapat pulak tengok nama keluar kat ruangan dedikasi kat belakang- oh, heppinye!

OLEH itu, di kesempatan ini, sekali lagi aku nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Abg RAM! Tahniah dan syabas jugak kepada AJK RAMFC kerana berjaya membawa Kelab RAM ke tahap yang lebih tinggi saban waktu. Lagipun, setelah nama keluar kat belakang dan berada di serata pelosok tanah air sekarang ini, aku berasa bersalah sebab tak menjalankan tugas yang sepatutnya- mencari ahli baru! Baiklah, lepas ni, aku berazam untuk mencari seberapa banyak ahli untuk RAMFC!!!

ABANG RAM, kami AJK RAMFC berasa sangat terharu. Kamilah yang dihargai!

Isnin, Mac 09, 2009

MARHABAN YA NURAL AIN!!!!!

SELAWAT KE ATAS MUHAMMAD,
SELAWAT DAN SALAM KE ATASNYA,
SELAWAT KE ATAS MUHAMMAD,
SELAWAT DAN SALAM KE ATASNYA!

HIDUPLAH SYIAR ISLAM!!!
BERKEMBANG DAN SUBURLAH DI BUMI INI!!!