Ahad, Disember 28, 2008

HIJRAH & TAHUN BARU, SERTA SATU JANJI

Salam Hijrah semua! Semoga Hijrah Rasulullah s.a.w kita hayati bersama. Memegang erat pada tali Allah. Kebergantungan pada-NYA yang tidak berbelah bahagi. Tahun baru ini kita hiasi dengan azam tayyibah. Azam kebaikan.

Aku beberapa hari lalu baru selesai menghabiskan novel Satu Janji. Sembang-sembang bersama Sarah ketika singgah sebentar di Kundasang ketika lawatan ke Sabah tempoh hari mendorong aku untuk mencari novel ini. Sarah ialah junior aku, pelajar jurusan Matematik, Institut Perguruan Perlis, katanya novel Satu Janji memaparkan keindahan persekitaran pergunungan Kinabalu. Terdorong oleh saranannya, aku selesai membaca.

Sungguh, ketika aku membaca, suasana persekitaran dan pemandangan seolah-olah dimainkan semula di dalam kotak memoriku. Pemandangan, suasana, rasa, kekaguman, semuanya berputar-putar menerusi layar ingatanku persis tayangan gambar filem lama. Aku seolah-olah membaca dengan pemandangan indah di sekelilingku. Keindahan Kundasang, rasa angin perbukitan yang sejuk, menerbitkan rindu aku pada Sabah. Masih kuingat, kesuraman cahaya, mendungnya langit kadang-kadang menerbitkan tiang-tiang cahaya mentari yang menerobos awan. Si Kinabalu yang gagah melatari dan menunjang suasana. Syahdunya! Cuma, Hotel Perkasa yang dicatatkan Abg Ramlee tidak aku lawati, juga Rumah Anak-anak Yatim Kundasang.

Aku kini memasang niat untuk melawat lagi ke tempat itu, InsyaALLAH...

Sabtu, Disember 20, 2008

AIR KARBOHIDRAT

Berikut adalah antara ayat-ayat yang sempat aku (dan member2) quote sepanjang pengembaraan di Sabah. Ayat-ayat tersebut telah mengalami transformasi negatif oleh seorang pakar bahasa yang dirahsiakan identitinya.

Untuk tatapan umum, ikuti ayat-ayat yang telah ditransformasikan itu:

1. Sekilas air di ikan, sudah tahu jantan betinanya! (kami: HAHAHAHA!)
2. Saufi, tu air karbohidrat saper atas meja tu? (kami: HAHAHAHAHHAHAHAHAHHA!)

aduh! aduuuhhh! nak pecah perut aku ketawa! hihihihi.. bayangkan, kami ketawa dekat sejam (laghanya!) setelah mendengar ayat yang sungguh tinggi uslub bahasanya!

P/S: Sepatutnya sekilas ikan di air, bukannya sekilas air di ikan.. dan, sepatutnya air berkarbonat, bukan air karbohidrat!

Rabu, Disember 17, 2008

BALIK DAH

ALHAMDULILLAH.. Lawatan ke Sabah selama seminggu berlangsung dengan selamat dan lancar. Aku dah pulang, singgah di rumah kakakku sebentar di Dengkil, sehari. Keesokannya aku pulang ke Jerantut.

Dalam dua tiga hari di rumah. Ketika aku berjalan-jalan ke kedai. Menjalani kehidupan aku yang biasa. Seolah-olah Pengembaraan ke Sabah tempoh hari seperti mimpi sahaja. Seolah tidak pernah berlaku. Yang ada cuma kenangan dan bukti-bukti melalui foto. Semasa mengenang kembali, hati aku terasa berat dan sayu sahaja.

Ah, Sabah... Nantikan aku kembali!

Ahad, Disember 14, 2008

LABUAN

Hari ini 14 DISEMBER, kami ke Labuan. Kami bertolak dari KK seawal jam 6.50 pagi menuju ke Jeti Menumbok dengan menaiki bas. Tiba saja, kami menaiki bot laju ke Pulau Labuan. Hari ini dipenuhi dengan berjalan-jalan ke Pulau Labuan. Habis pusing-pusing, pergi minum-minum, kami pun balik. Malam itu ada jamuan makan free di restoran makanan laut. Sayang! Aku tak boleh makan makanan laut - udang, ketam, sotong! Uwaaaaa!

Esok, kami akan melawati Sekolah Menengah Sains Labuan. Petang baru balik.

Sabtu, Disember 13, 2008

ORANG KESESATAN

13 DISEMBER 2008 - Sudah 2 hari aku tidak menulis. Sebabnya aku tak sempat, letih, dan tidur awal. Di Sabah, waktunya berbeza dengan semenanjung. Segala-galanya perlu diawalkan sejam - bangun pagi, solat, makan, tidur.. semuanyalah! Bayangkan aku tak biasa bangun pagi pukul 5. Bangun pukul 6 saja tengok-tengok matahari sudah tinggi, langit cerah. Kalut dibuatnya!

2 hari lalu, rombongan kami bertolak ke Ranau. Dari KK perjalanan ok saja sehinggalah tiba kawasan berbukit. Bukit tinggi, jalan berliku - mengalahkan Genting/Cameron Highlands! Driver bas pulak memandu laju nak mampos! Chuak doh! hahaha.. Tiba di Kundasang, aku disambut oleh suasana alam yang mengkagumkan. Majestik! Aku terpana dan terkesima. SUBHANALLAH! Cantik sungguh. Suhu persekitaran pula rendah, sejuk pergunungan. Dari situ juga terpasak gagah Si Kinabalu. Kukuh dan megah melengkapkan seri alam. Aku terpesona. Kabut seputih kapas mendamping saja puncak Kinabalu. Cantik bah!

Tiba di pekan Kundasang, singgah sekejap di gerai-gerai sayur dan buah. Segar semuanya. Memang tepat lirik lagu Sayang Kinabalu -"banyak sayur boleh pilih-pilih~". Bas menuju Ranau. Kami melawat Kolam Air Panas Poring. Aku mandi kolam biasa saja. Tak nak aku mandi di kolam air panas yang macam orang masak steam boat aja! Haha! Kecil sangat kolah mandi air panasnya! Tak macam di Baling.

Selesai, kami bertolak ke Kampung Kinapulidan. Letaknya di Ranau. Tiba saja, kami disambut dengan raut wajah-wajah yang manis menguntum senyum. Merekalah ayah-ayah dan mak-mak angkat kami. Habis saja membahagikan peserta kepada keluarga angkat masing-masing, kami ke rumah mereka. Aku berdua dengan Elangoh diterima oleh keluarga Encik Malik dan Noor Kamisah. Sampai sahaja di rumah, kami disambut mesra. Bualan singkat dan ramah menghilangkan debaran kami yang masih kekok. Aku dengan selamba badaknya mengaktifkan lidah aku dalam mode slanga Sabah. Aku cakap Sabah bah! Hahaha..

Mereka sekeluarga adalah dari kaum Dusun. Ayah angkatku bekerja di pekan Ranau, ibu angkat pula guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Kinapulidan tapi berasal dari Keningau. Anak-anak mereka yang comel ada tiga - Aznil, Nijah, dan Am. Malam itu kami tidur selepas makan malam, makan durian, menonton TV dan berbual. Sejuk!

Esoknya, 12 hari bulan. Bangun pagi saja aku sudah kagum. Belakang rumah tersergam pemandangan Kinabalu yang jelas tak berkabut! Sangat jelas. Kabut masih belum terbentuk, hanya ada segaris kabus nipis di kaki gunung. Dengan binokular ayah angkatku, pemandangan dizoom lagi. Cantiiikkkk! Tak habis-habis aku memulangkan kekaguman aku kepada MAHA PENCIPTA semuanya. SUBHANALLAH!

Pagi itu diisi dengan gotong-royong dan mandi sungai. Selepas solat Jumaat, kami terpaksa berpisah. Hati berat. Sedih pun ada tapi lebih banyak perasaan tidak puas tinggal di situ. Kami masih belum sempat lebih mesra pun! Tapi aku sempat bertukar nombor berhubung. Friendsrer Aznil aku sempat add juga. Nasib di rumahnya ada internet. Kami pulang dengan hati sedih. Terima kasih daun keladi. Panjang umur kudatang lagi ya! Selamat tinggal Kinapulidan, namamu katanya bererti "orang kesesatan"!

Tiba di KK, letih. Tiduuurrr...

Hari ini, aktiviti ke pulau. Pulau Manukan, Mamutik dan Sapi kami lawati. Paling best Pulau Manukan. Banyak hidupan akuatik yang baru aku temui. Ada karangan pelbagai juga. Tapak sulaiman berwarna biru pula paling menarik perhatian aku! Pulau Mamutik dan Sapi tak dapat menandingi Manukan - Paling menarik lautnya!

Malam, kami ada pertandingan boling. Haha, aku tak pandai main! Habis saja, aku ke cyber cafe, menulis lagi. Macam nain kata, blog aku ni macam diari. Haha, tengoklah bentuk blog ni macam mana. Aku lebih suka konsep yang bercampur-campur (buat masa sekarang ni konsep diari) haha.. Lepas ni nak balik, beli Kreko d Seven E, pastu nak baca. Habis baca baru nak tidur! Miahahaha (erk? apasal aku gelak macam Nain?) Arrrhhhhhh....!!!!!!

Rabu, Disember 10, 2008

ARAMAITEEEEE!!!

10 DISEMBER, aku masih belum tidur sejak pulang dari Jusco. Malamku di rumah Ong diisi dengan sembang-sembang sambil aku membaca komik Misteri Naga kepunyaan Ong. Ong bercerita banyak, dari pengalamannya menjadi sukarelawan di Bukit Antarabangsa 2 3 hari lepas (dan dia belum tidur dari semalam) hinggalah kisah minatnya terhadap radio amatur. Kami lihat, radio mainan pun ada di biliknya (nampak sangat minatnya terhadap HAM memang sejak dari kecil lagi).

Habis membaca komik, aku menulis sedikit untuk diisi di blog. Perancangan awal kami adalah ingin bertolak pada pagi itu juga ke KL Sentral, pukul 2 pagi. Seorang demi seorang tumbang dan tidur dimulai Wak, Ong, dan Chan. Cuma tinggal aku masih memetik papan kekunci dan membaca komik. Sedar-sedar sudah pukul 1! Aku menggeliat, kepala terasa pening kerana tidak tidur dan perut mula kembung berangin. Ahhhh! Kalau aku tidur lewat selalu begini! Malah kaki mula lenguh kerana masih belum tidur. Aku bersiap-siap, ke tandas, dan mengemas apa yang patut. 1.50 pagi aku mengejut mereka dan terus bertolak ke KL Sentral, uncle yang hantar.

Tiba, bas pertama ke LCCT jam 3.15 pagi sedia menunggu. Ahhh, mengantuuukkk~ Sepanjang perjalanan aku terlena hingga sampai di LCCT. Jam ketika itu 4.30 pagi. Taklimat sedang diberikan oleh Encik Elias ketika kami sampai. Habis saja, kami bersiap-siap untuk check in. Kemudian, selesai semua urusan luggage dan sebagainya, masa kami diisi dengan melangut di ruang menunggu. Sebelum boarding, kami solat Subuh dulu, nasib baik sempat. Kami beratur dan mengambil tempat di dalam kapal terbang. Haha, pengalaman pertama naik kapal terbang memang melawakkan. Aku excited! Tapi buat-buat biasa saja. Tapi best! Hehehehe.. (lantak la kalau orang yang sudah biasa naik kapal terbang nak gelakkan aku ke atau apa, aku tak kisah!) Yang penting aku happy! Hohohohohohooo...

Berlepas saja, pukul 7.00 pagi ketika itu. Mentari sedang menjengah di ufuk timur. Mega putih suci begitu indah di waktu begitu. Seperti kapas saja, kadang-kadang seperti hutan awan dan dan kadang-kadang seperti padang saujana saja - indah! SUBHANALLAH! Oh TUHAN, tidak KAU jadikan sesuatu itu dengan kecelaan! MAHA SUCI ENGKAU, maka lindungilah kami dari azab api neraka! Amin... Perjalanan mengambil masa 2 jam 20 minit. Kami tiba di Kota Kinabalu...

Petang itu, selepas check in di Promenade Apartment Hotel, kami melawat Kadazan Dusun Culture Arts, Muzium Negeri Sabah, Rumah Budaya, dan Muzium Tamadun Islam. Banyak perkara menarik dapat kami lihat, terutama budaya kaum-kaum di Sabah. Terima kasih juga kepada Cik Inggit (apa ntah namanya - tak jelas) kerana sudi menemani kami mengelilingi Muzium! =)

Letih, kami balik ke apartment. Setelah solat, berjalan-jalan menjadi aktiviti kami. Kami sempat jenguk-jenguk Pasar Phillipine. Banyak mutiara, baju-baju, kasut dan sebagainya dijual di situ. Aku memilih kraftangan bekas pensel untuk adik-adikku. Untuk anak-anak buah pula aku memilih baju-baju Sabah. Tapi tidak banyak pilihan. Tengok la, hari keempat nanti aku jengah sekali lagi. Cukuplah malam ini.

Balik, minum di McD dan berlatih tarian poco-poco. Tak sempat habiskan latihan tarian Cinta Sayang kerana dimarahi pengurus apartment. Aku tak kisah, tak apa. Jadi, aku arahkan semua balik dan tidur. Esok nak bertolak ke Kundasang. Poring Hot Spring dan rumah keluarga angkat di Ranau menunggu kami. Jadi, ramai antara kami naik ke apartment masing-masing untuk berkemas, berehat dan tidur... Aku? Pergi Cyber Cafe kejap untuk menulis. Best pulak dah main tulis-tulis kat blog sekarang ni. Haha, aku dah mula gila blog. Tak apa la, sementara tak sibuk ni boleh la sikit-sikit.

Ok, dah nak balik dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...................................

Selasa, Disember 09, 2008

WARNA-WARNI MALAYSIA

Hari ini, 9 Disember 2008 - Aku memulakan hari yang sibuk- Aqiqah untuk Yasmeen. Yasmeen Amani ialah anak saudaraku yang kedua. Usianya yang menjengah 6 bulan menjadikannya semakin comel saban hari. Haha, dan aku suka melihatnya tersenyum setiap kali memandang aku - Pak Cik Ali! (korang: pakcik Ali? Old schoolnye nama) Huhuhu... (Teringat jugak kat Zahra yg aktif terlebih & Ziyad yang malu-malu kat Putrajaya.. hehehe)

Dalam sibuk-sibuk membantu ibu mengemas rumah, membentang tikar, mengangkat kerusi, menyusun pinggan mangkuk, mengemas mana yang patut, dan melihat kambing dibakar bulu, mata aku asyik mengerling ke arah jam di dinding (aku memang tak suka pakai jam tangan). Erk? dah pukul 9.00 pagi? Pergi kemas baju dululah!

Siap mengemas, mandi (erk? mandi lewat?), salam dengan ibu yang terchenta dan adik-beradik, aku pun menuju ke terminal bas Jerantut. Tiba saja terus menaiki bas langsung bertolak ke Kuala Lumpur. Ya, hari ini aku memulakan perjalanan menyertai program Lawatan Perlis-Sabah anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Institut Perguruan Perlis. Aku mantan NYDP pun dijemput hadir. Syukur pada ALLAH aku dijemput hadir sekali.. hehehe.. ye la, mantan yang cemerlang la katakan! (uweekk, cemerlang la sangat..) hehe...

Tiba di Pekeliling, aku naik LRT ke Plaza Rakyat. Selepas seorang rakan dari Johor (Wak) menyertai aku, kami bergerak ke Stesen LRT Masjid Jamek dan menuju ke Wangsa Maju. Kami berjanji untuk berkumpul di rumah Ong. Sedia menunggu di sana ialah seorang lagi rakan - Chan.

Sampai saja di Wangsa Maju, kami berjalan-jalan sebentar di Carrefour. Malam, selepas uncle belanja makan siakap masak stim (uncle ialah ayah Ong), kami berjalan-jalan di Jusco. Window shopping saja. Beli la sikit buah. Kemudian ke Up Town - sayangnya masih tutup (cuti raya haji).

Apa yang menarik? Banyak. Selain pertama kali naik LRT sorang-sorang (ye laa, orang kampung saya ni, mana penah naik LRT, terasa jakun pon ada, ahaks!) saya suka pada satu benda. Perpaduan. Hubungan baik dengan rakan-rakan berbangsa lain, duduk sekatil, bersembang macam adik-beradik dan berjalan-jalan serta makan bersama-sama membuat aku bersyukur pada TUHAN kerana diberi nikmat ini. Saling menghormati, memahami agama masing-masing membuat negara Malaysia istimewa. Rakan berbeza agama juga peka jika telah masuk waktu solat, makanan halal, serta perkara-perkara sensitif lain. Ya lah, suasana seumpama ini sukar dilihat, malah jarang. Apa yang berlaku ini adalah anugerah Tuhan. Ya, anugerah dari TUHAN!

Anugerah tak ternilai ini, jika disia-siakan, alangkah rugi kita. Aku guru, akan selalu menyemai pada batas pemikiran murid-muridku, benih agama dan perpaduan.

Isnin, Disember 08, 2008

GEMAAN KALIMAH KEBESARAN

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! LA ILAHA ILLALLAHU WALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD!

Hari ini, buat kesekian kalinya kalimah kebesaran membesarkan ALLAH sekali lagi dilaung. Bergaung dan bergema dari timur jauh langsung ke barat dunia. Kalimah takbir yang terulang-ulang mengelilingi dunia selayaknya meraikan hari kebesaran Islam.

Segenap alam, dari seluruh pelusuk bumi dengan frekuensi dan kehalusan yang berbeza bersama-sama membesarkan TUHAN. Batu-batu di jalanan, pokok-pokok dan dedaunan, ikan-ikan di lautan, para penghuni alam malakut semuanya, pada hari ini bertakbir lagi. Mengangkat zat TUHAN yang MAHA BESAR. Yang tiada tuhan lagi layak disembah melainkan-NYA!

Di hari-hari titis-titis hujan menghiasi, aku berjalan ke rumah TUHAN. Dengan hati yang berbisik takbir seiring hari besar ini. Lisanku bertakbir lagi!

Ahad, Disember 07, 2008

AKU & KEGILAANKU

Dulu, aku selalu tengok ada sebuah van besar masuk ke perkarangan sekolah setiap hari Khamis. Ketika itu aku masih kanak-kanak, berumur 10 tahun. Van besar yang aku tengok itu adalah Perpustakaan Bergerak milik Perpustakaan Daerah Jerantut. Kenderaan itu saban minggu bertandang ke sekolah aku setiap Khamis. Dan saban minggu juga aku hanya melihat van itu sahaja - tanpa berpeluang memasukinya! Hanya ahli rasmi sahaja yang diberi kebenaran untuk menjengah dan meminjam buku dari perpustakaan itu. Aku jeles. Haha!

Suatu hari (setahun kemudian), guru kelasku membuka pendaftaran baru keahlian Perpustakaan Bergerak. Aku tanpa berlengah cepat-cepat mendaftar. Apa lagi, hari Khamis aku minggu-minggu seterusnya diisi dengan memilih buku-buku dan meminjamnya. Di Sekolah Kebangsaan Padang Piol tu bukannya tak ada perpustakaan, ada! Tapi buku-bukunya tak menarik sangat. Kebanyakannya aku dah baca. Lagipun, dengar nama Perpustakaan Bergerak pun aku dah pelik, sebab tu aku nak naik tengok-tengok! Haha!

Masih aku ingat, buku yang selalu aku pinjam ialah Novel, Cerpen, serta Kisah Laki-laki dan Perempuan di dalam Al-Quran dan Hadis. Kisah dari Al-Quran dan Hadis tu ada banyak jilid. Tak terdaya aku nak habiskan walaupun dah banyak kali pinjam. Begitulah setiap minggu berlalu sehingga habis sekolah rendah. Pinjam-Baca-Pulang, Pinjam-Baca-Pulang, Pinjam-Baca-Pulang. Hobi membaca aku berterusan hinggalah aku bersekolah menengah.

Tapi, masa sekolah menengah aku beralih minat. Aku lebih banyak baca komik. KREKO la apa lagi. Bertahun-tahun aku tinggalkan novel. Hinggalah suatu hari, semasa aku sedang bercuti semester 2 tahun lepas. Aku terjumpa buku bertajuk Pei Pan. Pei Pan? Apa buku ni tajuk macam buku Cina jer? Penulis - Ramlee Awang Murshid? Macam pernah dengar? 3 atau 4 tahun dulu aku macam pernah tengok buku ni, masa tu sahabat aku Hendy Putra sedang membacanya. Tapi masa tu aku layan komik jer. Kembali semula ke masa sekarang, aku pun baca la Pei Pan sampai habis! Wah, tak sangka, ingat nak baca 2 atau 3 muka surat jer, tapi macam magis, buku tu terlekat di tangan aku hinggalah aku habis membacanya! Aku lihat kembali nama penulisnya - Ramlee Awang Murshid. Hmmmm... Sesuatu bermain di fikiranku, mengagumi penulis.

Tapi, itu bukan lagi titik permulaanku menggilai karya Abg Ramlee. Tidak lama selepas itu (kira-kira setengah tahun kemudian), aku terlihat TOMBIRUO TERAKHIR kepunyaan kakakku - Kak Chik. Aku selalu jumpa buku ni di kedai buku, tapi kenapa aku tak beli ya? Ada orang kata cerita ni cerita seram. Setelah membaca Pei Pan dulu, aku buat keputusan untuk membaca TOMBIRUO TERAKHIR! Habis membaca aku terkesima - puas! Waaaaaarrrgghhhhhh bestnyer citer nih!!!???

Detik itu, aku mula mengikuti karya Abg Ramlee. Sahabatku Azlan b Ali Afandi membawakan Bagaikan Puteri. Kegilaanku bertambah! Hingga kini, aku ikuti karya Abg Ramlee (sampai tak nak baca karya penulis lain! Haha).. Setiap karyanya di pasaran aku beli (mungkin Personal Justice tak baca kot.. hehe.. sebab sama dengan ADAM - yeke?)

Semalam, 6 Disember 2008 aku sekali lagi khatam ADAM buat kali kedua! Best! Ayat "hati kita telah lama bersatu" betul-betul ironik!

Sekarang, selain komik-komik (yang KEKAL menjadi kegilaanku) aku mula menggilai novel semula...

TESTING! TESTING!

Salam, pekabo?

haha, try2 buat blog! (dah nengok sumer org ader blog, aku pon nk jugak! haha)

that's all for the first post!

haha hihi huhu!