Khamis, Julai 14, 2011

SETITIS, SETITIS.

Hidup kalau diumpakan ada pelbagai persamaan. Kata orang juga pelbagai. Misal, hidup umpama roda, hidup umpama lakonan, hidup umpama merentas padang pasir, hidup umpama pelayaran, hidup umpama persinggahan, banyak!

Hidup bagiku bagai titis air. Air itu sumber, diinginkan. Pemberinya, TUHAN. Apa semua dihajati diberi. Mana yang diingin diberi. Waima, yang buruk sekalipun.

Seperti titis air juga, hidup aku. Sedikit demi sedikit TUHAN beri. Air itu kelegaan, hilangkan kehausan, menenangkan. Air itu kehidupan. Telah banyak yang kudoa terjadi. Telah banyak yang kupinta termakbul. Aku yang dulunya kepinginan macam-macam, mendapat.

Satu lagi, kuharap boleh membawa ibu ke Haji. Tak lama lagi dah. Harap makbul, amin.

Cuma, aku kadang-kadang dalam dinyatakan segala hasrat dan pinta ini, lupa DIA. Kesal.

TUHAN,
andai aku terjatuh,
andai aku terlena,
bangunkan, sedarkan..

1 ulasan:

Feel free to leave a comment! =)