Ahad, Julai 10, 2011

SEORANG AYAH ORANG, SEORANG IBU AKU

Tengah hari panas. Memandu pulang.

Baru saja keluar kawasan sekolah, mata terlihat seorang lelaki tua di tepi jalan, memayungi kepala hanya dengan 5 helai daun. Dia mencangkung di tepi jalan, mengharap bayang penghadang jalanraya sambil tangan memegang daun.

Berhenti, menjemput lelaki tua itu naik. Dia Aki Deraman. Dia tinggal seorang, rumahnya betul di depan pagar sekolah. Katanya nak pergi makan tengah hari di Jerantut (?).

Terkejut! Jauhnya pergi makan? Tanya-tanya, rupanya anak semua jauh.

Termenung-menung memikir. Ibu di rumah. Agaknya seperti lelaki tua ini la ibu kalau aku tiada. Keluh.

Perlu lebihkan taat. Lebihkan masa. Untuk ibu. Itu rahsia dalam rahsia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Feel free to leave a comment! =)