Khamis, Julai 21, 2011

RADEMAN

Ramadan datang lagi.

Ramadan ini diibaratkan seperti sebuah lebuhraya yang lurus. Kenderaan yang dinaiki orang soleh laju-laju belaka. Di lebuhraya ini tiada speed trap, tiada polis, tiada JPJ. Orang soleh bebas memecut lebih 110 km sejam, hatta 160 km sejam pon boleh. Di sini, di lebuhraya ini, mereka tak perlu risau akan gangguan binatang-binatang bertanduk dan berekor melintas jalan kerana mereka semua diikat jauh-jauh ke tengah laut.

Orang soleh, juga para pencinta Tuhan kala ini akan merebut peluang memecut yang julung-julung kali diberikan kepada mereka. Yalah, selama ni jalan raya penuh dengan speed trap, mana boleh nak bawak laju-laju.

Aku sedang menunggang basikal. Melihat mereka memandu kereta dengan laju menerbitkan rasa iri. Iri ini dengki. Namun atas asbab yang positif dan makruf, dibenarkan. Aku terasa ingin memandu juga. Tapi, seperti menunggu bulan jatuh ke riba, seperti itu juga aku ingin melihat basikal berubah menjadi kereta. Dengan hanya tunggu dan lihat, takkan berubah. Aku sendiri kena pomen basikal menjadi kereta. Kemudian, PECUT!

AKU BERSEDIA!

1 ulasan:

  1. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya nice.
    Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    BalasPadam

Feel free to leave a comment! =)