Khamis, Julai 07, 2011

PERSEMBAHAN ANAK MURID

Ahad baru-baru ni, aku bawak anak-anak murid ke Padang FA, Jerantut. Ada persembahan. Anak-anak murid aku kena buat persembahan depan Sultan Pahang. Bagi budak-budak tu, persembahan ni memang unik, aku kata kat diorang, peluang ni datang sekali seumur hidup.

Hari tu jugaklah, dalam keadaan berdebar-debar, diorang nampak dari jauh Sultan turun naik heli. Aku pantau je dari tepi. Sampai je Sultan kat depan diorang. Terus la diorang buat persembahan.

Suka aku tengok budak-budak tu buat dengan elok. Alhamdulillah tak ada silap. Tengok muka Sultan pun gembira lepas persembahan tu, lagi la aku bangga!

Murid-murid aku kemudian dapat la habuan sikit sorang. RM50 bagi diorang memang banyak. Apa-apa pun, dalam bangga-bangga tu aku harap anak-anak murid aku bersyukur. Selalu aku nasihat diorang, kalau usaha lebih kita akan dapat lebih. Aku harap diorang faham.

kalau tak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Feel free to leave a comment! =)