Selasa, Julai 05, 2011

PENONGKAT DIRI PENUNJANG JIWA

Untuk sesiapa yang terasa berputus asa apabila menghadapi masalah, ini ada satu mesej yg aku dpt beberapa tahun dulu yg aku masih simpan. Ambiklah, mana tau bila saja korang membaca ini, korang terasa lega dan bersemangat kembali:

bila kau letih dan hilang rasa semangat,
ALLAH tahu betapa kau telah cuba sedaya upaya..

bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
ALLAH telah mengira titisan air matamu..

bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
ALLAH sentiasa di sisimu..

bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih kebuntuan,
ALLAH ada jalan penyelesaian..

bila tiada yang bererti buatmu, keliru, dan kecewa,
ALLAH ada jawapannya..
ALLAHU MA'ANA..

mesej ini, bagi aku napas ketika dada aku terasa sempit, bagi aku lega ketika jiwa aku terasa sakit, dan bagi aku harapan ketika aku berputus asa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Feel free to leave a comment! =)