Selasa, Oktober 20, 2009

IRONIKNYA SEBULAN LAGI, 9 NYAWA, AKU

Sebulan lagi. Betapa dua kata itu memberi makna yang berbeza kepada setiap sesiapa. Satu tempoh 30 hari yang biasa dan juga luar biasa.

Bagi peminat penulis kesayangan Ramlee Awang Murshid, tempoh sebulan ini adalah debaran menanti buah tangannya yang ditunggu sekian lama. Karya 9 NYAWA yang diilhamkan oleh anaknya bakal menerjah pasaran. Aku kali ini mungkin tidak dapat menjadi pembaca pertama seperti HIJAB SANG PENCINTA dahulu. Hehe, yang bestnyer ada nama Kimot dgn Kak Sue dalam nie! Best2! Tapi aku tetap x puas hatiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!! Huwarghzzxkkkxxzztttsss! <--fire Kimot dgn Kak Sue dgn pancaran Otromen!

Aku sendiri ternanti-nanti novel baru itu. Sudah lama aku tidak membelek-belek helaian novel sejak menghabiskan V3 karyaan Hilal Asyraf, penulis muda berusia 20 tahun. Aku menginginkan jenis bacaan seperti tulisan Abang RAM. Berbeza dan saspen. Sesekali selitan dakwah halus menyantap kesedaran rohani. Semua itu rencah, bagi aku dan kami pembaca setia itulah elemen yang menarik kami seperti magnet. Suatu masa, ketika membaca Hijab Sang Pencinta. Penamat yang menimbulkan persoalan telah memeningkan ramai pembaca, termasuk aku. Tambahan pula namanya trilogi, mestilah habis setakat tiga buah novel saja kan? Tapi, ketika itu aku merasakan pasti ada penyambungnya. Hinggalah beberapa bulan dahulu, kakakku (Illa Kuantan) memaklumkan CINTA SUFI. Aku pun apa lagi, melompat lah! Suka sangat!

Hehe, apa2 pon tahniah la ada nama kat dalam tu! =) nak tunggu keluar nama "Alias" dlm novel Abg RAM tunggu kiamat je la.. hehehehe..

Bagi aku, sebulan lagi aku akan menamatkan pengajian di sini. Hampir 6 tahun bermastautin di bumi bercuaca panas. Aku kelawangan. Perasaan bercampur-baur antara sedih dan gembira. Antara teruja dan berdebar-debar. Antara pilihan dan ketentuan. Ceh, kadang-kadang terasa hampeh plak layan jiwa2 camnih! Yuck! Buat selamba dah ar..

Sedih - kerana di sini terpahat memori banyak perkara. Juga perpisahan dengan rakan-rakan. Juga mengenangkan nasib dan masa depan bekas-bekas muridku semasa praktikum dahulu.

Gembira - mungkin kerana dah tak payah belajar? Wakakakak! (menuntut ilmu itu seumur hidup la!) TOLABAL ILMU MINAL MAHDI ILAL LAHDI! Gembira mungkin kerana tak terikat dengan jadual 'belajar'. Jadual 'mengajar' lebih menyelesakan diri sebenarnya. Aku pun gembira sebab boleh berkhidmat, mengajar, dan menabur bakti membentuk dan mendidik anak bangsa.. "di wajah anak-anak muridku.. aku melihat cahaya..."

Teruja - tak tau nak posting mana lagi, 1 November ni baru tau. <--ni termasuk berdebar-debar, pilihan dan ketentuan. Sebab aku pilih nak posting Pahang. Entah mana la dapat nanti...
Pemandangan di ladang tebu, Chuping, Padang Besar, Perlis. Kawasan ni betul2 di sempadan.Ladang tebu lagi - luas dan indah seperti prairie.Pemandangan dari atas Bukit Sami. Matahari ketika itu baharu sahaja terbit.
Sebahagian rakan sekelas - 1MALAYSIA! Nie di Kuala Perlis.

Bumi ini, yang kupijak saban hari. Udara ini, yang kusedut saban waktu. Angin ini, yang panas dan mengelus lembut hari-hariku bakal berakhir. Tinggal sebulan lagi aku akan menjadikan segala ini memori. Rakan aku, junior aku, adik angkat aku, padi yang hijau indah, bumi yang luas menenangkan, dan ladang tebu yang seperti prairie.. Terasa sayang untuk meninggalkan semuanya.. Aku pergi dan entah bila akan datang lagi...

Ahh! Malas nak layan perasaan nih, bulan depan la buat ayat2 syahdu sket..

9 ulasan:

  1. bestnye da nk abeh maktab..wargh!!! bet ade g 3TAHON ag wo!! bosannye maktab ni

    BalasPadam
  2. selamat pagi cikgu..(versi upin ipin) haha... anyway cikgu alias.. congrats!

    BalasPadam
  3. cikgu..sori ritu x explain plak psl locus standi..sibuk sgt2 skrg ni..dlm buku RAM x pnah mention ke? sy igt cikgu tau..anyway,sblm party bwk kes ke mahkamah, dea msti ada locus standi yg melayakkan dea utk wat claim di mhkamah..maknanya, dispute/argument tu melibatkan dea sndiri..contohnya klu cikgu bergaduh dgn sy (haha).so dlm kes ni, yg ada locus standi is sy..and cikgu..3rd party cthnye mak cikgu, xleh wat action on behalf of cikgu.gtu la lebih kurang..nk xplain pun x reti sgt..sbb kwn pun ngn dak2 law..biase ckp je..nway, suke la bc tulisan cikgu..mcm bc cerpen..kelawangan tu ape? tatau la.huhu..i kan minah salleh..huahahahaha..

    BalasPadam
  4. salam cikgu lias...tahniah bakal bergelar seorang guru..

    yang tak paham nie..bila kalanya ada nama akak lak nie..tak paham tul...mana info dapat nie... Nama Akim jeklah..

    BalasPadam
  5. azrin, tenkiu2.. wuuuuu... T_T hehehe..

    cik qien, tenkiu jugak penerangan tu.. boleh la paham sket2.. kelawangan tu? eheheheee, xtau pon maksud dia, just tiru ND, ingatkan maksud dia tgh pening ke ape ke.. rupanya, lepas tgk kamus dewan, maksud dia: pintu (jawa), sejenis pokok, dan sejenis ikan darat! hahaha! thanx cik qien sbb tanya.. kalo x sampai bila xtau maksud kata tu..

    kak sue, hehe... nama intan suryani tu ada bunyi SUEryani.. hehe, kira nama kak sue la jugak kan? ehehehehehehe

    akim je nama dia betol2 keluar.. x aci! x aci!
    haha! =D

    xiera, selamat pagi! hehehe..

    bet, kena la buat2 bz dgn aktif macam2 benda, konfem 3 tahun tu terasa singkat! =)

    BalasPadam
  6. oit2, datookkk.. ada hati nak fire den ye, guna jurus otomen plak tu.. xpelah, den larixx menyelinap di sebalik rendangnya pohon ru yg meliuk lintuk dihembus angin pawana search.. muahahaha.. nah, amik balik ni, den kasixx jurus sadik, pengiring sunan, kt hang balikk, ali.. sambil tarikxx 2 jarixx telunjuk letak kat dahi... treeeettttt.. abis la karangan pendek den ni mesti dpt gred e, penuh ng xxxxx... apa2 pun, mental mesti kuat..

    kak sue.. yelah, abg ram ckp suryani tu sempena nama kak sue lah.. jom riak jap sesaat.. haha..

    oit2, xbaeexxx riak2 tau.. ntah2 nti kuar novel kuar nama laen plakxxx..

    rogerr222...

    BalasPadam
  7. abg alias..nnt da tau posting kt mna jgn lupa bgtau...bestnye..dah nak abes dah.. :)

    BalasPadam
  8. haha, kimot fire aku balik daa... (hangus terbakar)

    paan, a'ah.. x lama lg dah nk abes.. start hari ni genap sebulan lg nk abeskan masa di maktab neh... wuuuuu T_T

    BalasPadam

Feel free to leave a comment! =)