Selasa, Oktober 20, 2009

IRONIKNYA SEBULAN LAGI, 9 NYAWA, AKU

Sebulan lagi. Betapa dua kata itu memberi makna yang berbeza kepada setiap sesiapa. Satu tempoh 30 hari yang biasa dan juga luar biasa.

Bagi peminat penulis kesayangan Ramlee Awang Murshid, tempoh sebulan ini adalah debaran menanti buah tangannya yang ditunggu sekian lama. Karya 9 NYAWA yang diilhamkan oleh anaknya bakal menerjah pasaran. Aku kali ini mungkin tidak dapat menjadi pembaca pertama seperti HIJAB SANG PENCINTA dahulu. Hehe, yang bestnyer ada nama Kimot dgn Kak Sue dalam nie! Best2! Tapi aku tetap x puas hatiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!! Huwarghzzxkkkxxzztttsss! <--fire Kimot dgn Kak Sue dgn pancaran Otromen!

Aku sendiri ternanti-nanti novel baru itu. Sudah lama aku tidak membelek-belek helaian novel sejak menghabiskan V3 karyaan Hilal Asyraf, penulis muda berusia 20 tahun. Aku menginginkan jenis bacaan seperti tulisan Abang RAM. Berbeza dan saspen. Sesekali selitan dakwah halus menyantap kesedaran rohani. Semua itu rencah, bagi aku dan kami pembaca setia itulah elemen yang menarik kami seperti magnet. Suatu masa, ketika membaca Hijab Sang Pencinta. Penamat yang menimbulkan persoalan telah memeningkan ramai pembaca, termasuk aku. Tambahan pula namanya trilogi, mestilah habis setakat tiga buah novel saja kan? Tapi, ketika itu aku merasakan pasti ada penyambungnya. Hinggalah beberapa bulan dahulu, kakakku (Illa Kuantan) memaklumkan CINTA SUFI. Aku pun apa lagi, melompat lah! Suka sangat!

Hehe, apa2 pon tahniah la ada nama kat dalam tu! =) nak tunggu keluar nama "Alias" dlm novel Abg RAM tunggu kiamat je la.. hehehehe..

Bagi aku, sebulan lagi aku akan menamatkan pengajian di sini. Hampir 6 tahun bermastautin di bumi bercuaca panas. Aku kelawangan. Perasaan bercampur-baur antara sedih dan gembira. Antara teruja dan berdebar-debar. Antara pilihan dan ketentuan. Ceh, kadang-kadang terasa hampeh plak layan jiwa2 camnih! Yuck! Buat selamba dah ar..

Sedih - kerana di sini terpahat memori banyak perkara. Juga perpisahan dengan rakan-rakan. Juga mengenangkan nasib dan masa depan bekas-bekas muridku semasa praktikum dahulu.

Gembira - mungkin kerana dah tak payah belajar? Wakakakak! (menuntut ilmu itu seumur hidup la!) TOLABAL ILMU MINAL MAHDI ILAL LAHDI! Gembira mungkin kerana tak terikat dengan jadual 'belajar'. Jadual 'mengajar' lebih menyelesakan diri sebenarnya. Aku pun gembira sebab boleh berkhidmat, mengajar, dan menabur bakti membentuk dan mendidik anak bangsa.. "di wajah anak-anak muridku.. aku melihat cahaya..."

Teruja - tak tau nak posting mana lagi, 1 November ni baru tau. <--ni termasuk berdebar-debar, pilihan dan ketentuan. Sebab aku pilih nak posting Pahang. Entah mana la dapat nanti...
Pemandangan di ladang tebu, Chuping, Padang Besar, Perlis. Kawasan ni betul2 di sempadan.Ladang tebu lagi - luas dan indah seperti prairie.Pemandangan dari atas Bukit Sami. Matahari ketika itu baharu sahaja terbit.
Sebahagian rakan sekelas - 1MALAYSIA! Nie di Kuala Perlis.

Bumi ini, yang kupijak saban hari. Udara ini, yang kusedut saban waktu. Angin ini, yang panas dan mengelus lembut hari-hariku bakal berakhir. Tinggal sebulan lagi aku akan menjadikan segala ini memori. Rakan aku, junior aku, adik angkat aku, padi yang hijau indah, bumi yang luas menenangkan, dan ladang tebu yang seperti prairie.. Terasa sayang untuk meninggalkan semuanya.. Aku pergi dan entah bila akan datang lagi...

Ahh! Malas nak layan perasaan nih, bulan depan la buat ayat2 syahdu sket..