Selasa, September 22, 2009

SELAMAT HARI LAHIR, MA!


apasal ade gambar adik Farah tepi tu? hehehehee

Hari ini, hari lahir ma. Ma adalah panggilan aku terhadap ibu. Ma adalah ibu, ma adalah ayah untuk keluarga ini. Ma telah berusaha keras meneruskan survival keluarga ini. Dari dulu lagi, hanya ma yang berkelana, mencari sesuap nasi untuk kami adik beradik. Bagi aku, ma adalah tunjang aku, tulang belakang aku. Mmelihatkan ma memberikan kekuatan untuk aku terus menongkah arus hidup dengan kuat dan gagah. Untuk aku ma adalah segala-galanya. Aku berusaha yang terbaik untuk ma.

Kini, ma sudah 59 tahun. Garis-garis tua mula memamah usia. Ma tidak lagi secergas dulu. Hidupnya sehari-hari dihabiskan di rumah. Ditemani dua adikku yang masih bersekolah menengah. Tiada sesiapa di rumah jika bukan cuti panjang. Sesekali kesunyian ma terubat apabila anak menantu dan cucu pulang ke rumah tiap-tiap hujung minggu.

Aku pula tinggal 2 bulan untuk menghabiskan pengajian. Bulan 12 ni aku mula posting. Tahun depan aku bertugas secara rasmi di sekolah sebagai guru. Aku berdoa dan berharap, permohonanku untuk mengajar di Pahang, lebih-lebih lagi di Jerantut termakbul. Biarlah aku menemani ma. Biarlah aku menjaga ma. Aku pun lambat lagi nak kawin, 6 tahun lagi! Haha!

Ma, ali doakan ma panjang umur, murah rezeki, diberikan kelapangan oleh ALLAH, diberikan kemudahan dalam segala urusan. Ma telah berusaha kuat untuk keluarga ini. Jasa ma, keringat ma, mungkin tak akan terbalas oleh ali dan kami adik-beradik buat selamanya.

SELAMAT HARI LAHIR, MA!

Ma tunjangku, ma kekuatanku...

2 ulasan:

  1. Semoga ma sentiasa diberikan kekuatan, dipanjangkan usia untuk melihat anak2 berjaya

    BalasPadam

Feel free to leave a comment! =)