Sabtu, September 19, 2009

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA!!!


ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH!

Sempena hari lebaran yang mulia ini, Cikgu Lias nak minta maaf banyak-banyak dari semua yang kenal Cikgu Lias nih.. Ya lah, mana tau ada yang terserempak Cikgu Lias kat bazaar Ramadan tapi cikgu buat tak nampak saja. Atau cikgu pernah membuat hati terguris, tak tunai janji, cakap tak serupa bikin, lupa bayar hutang, terambil barang dengan sengaja atau tak, dan macam-macam lagi. Semua kesilapan cikgu tu cikgu harap kalian semua maafkan. Cikgu banyak kelemahan dan khilaf sempena perkenalan kita semua.

Kepada keluarga cikgu, terutama ma! Ali minta maaf atas segala dosa dan silap. Adik-beradik semua, Ali minta maaf juga ya! Hehehehe 0-0!

Kepada rakan-rakan seperjuangan di IPGM Perlis, aku harap korang semua maafkan aku kalau aku ada pow ubat gigi korang ke, buat nasik goreng tak macam nasik goreng ke, kutuk korang sampai korang terasa ke, atau termengumpat ke.. aku minta maaf, okay!

Kepada para pensyarah, terima kasih atas jasa dan ilmu kalian. Saya minta maaf atas segala salah silap. Kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar diri ini, terima kasih tak terhingga!

Kepada kawan-kawan sekolah dulu. SK Padang Piol dan SMA Al-Ihsan, aku harap korang tak lupakan aku. Minta maaf kalau ada khilaf antara kita ya!

Kepada rakan-rakan Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid, datomarsani minta maaf sebab tidak banyak masa diluangkan bersama kalian di Karpet Hijau yang dirindui tu. Banyak kenalan yang datomarsani dapat dari situ tapi tak pernah bersua! T_T Semoga kalian maafkan datomarsani yang kecian nie... Hehehe...

Kepada adik-adik angkat cikgu (yang comey), dan yang melata di bumi ini, ada yang di Perlis, ada yang di Sydney, atau di mana-mana sahaja, abang minta maaf kalau ada tersilap cakap dan tak tertunai janji. Abang doakan korang selamat selalu dan berjaya dalam pelajaran.

Kepada anak murid cikgu yang mengenali cikgu. Cikgu halalkan segala ilmu cikgu dan cikgu maafkan segala salah silap kamu. Cikgu doakan kamu semua berjaya cemerlang di dunia dan akhirat, amin...

Dan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini, SAYA, ALIAS BIN MOHD PADIL @ MOHD PADZIL mengucapkan: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN!!! =) Semoga kita semua diberkati ALLAH dan menjadi hamba-NYA yang dirahmati.. Amin...

(JANGAN MAIN MERCUN BOLA YA! MAIN MERCUN LAIN TAKPE! HEHEHEHE)

1 ulasan:

  1. Biar hati sejernih air,jangan pula dipenuhi lumpur
    Kalau salah belum berakhir,harap diampun dengan rasa syukur
    Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba
    Jika ada salah dan silap, harap diampun di hari raya...
    Biar amarah disunting sunyum,ibarat pekerti disulam kasih
    Harap dihalal makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih

    BalasPadam

Feel free to leave a comment! =)