Jumaat, September 18, 2009

RAMADAN INI

Aku meneruskan kehidupan aku yang keliru seperti biasa. Sehinggalah pada suatu hari, sahabatku mengajakku menyertai sebuah program ibadah Ramadan. Diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Kuala Perlis, aku mengikuti program tersebut dengan perasaan yang tidak mengaharapkan apa-apa. Program tersebut adalah anjuran Kelab Remaja JIM, sebuah NGO yang aktif mengadakan program-program makruf. Aku pula sebagai fasilitator.

Mulanya aku menghadapi Ramadan dengan malas. Hatiku cuma menganggap Ramadan ini seperti Ramadan-ramadan yang lalu, tidak membawa erti yang besar dan makna yang mendalam buatku. Sehinggalah semasa aku mengikuti program itu, aku mula membuka mata sedikit. Aku seorang yang malas beribadah, berat untuk membuat amal, low motivation. Tetapi, aku lihat ketika itu kedapatan ahli NGO itu semuanya berpangkat tinggi, para ilmuan semuanya, bahkan sudah tua dan berusia. Mereka antaranya berpangkat Profesor, mempunyai ijazah kedoktoran, dan sarjana-sarjana yang hebat dari universiti-universiti di utara. melihatkan mereka, aku insaf. Walaupun berusia dan tinggi ilmunya, mereka tidak sombong. Di usia itu mereka seperti anak kecil, berteleku dan duduk bermunajat tanpa jemu. Tadarus, qiamullail, dan tazkirah menjadi hiburan saban waktu. Mereka sudah berjaya dan mereka tidak lupa. Aku insaf.

Ramadan ini, aku sedikit terjaga. Aku ingin seperti mereka. Mengejar sesuatu yang hakiki dan suci. Biar aku seperti mereka. Bermujahadah tanpa jemu. mengangkat Islam yang tinggi.

"ISLAM ITU TINGGI, & TIADA YANG LEBIH TINGGI DARINYA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Feel free to leave a comment! =)