Selasa, September 29, 2009

"KORANG SEBAT AJER BUAH RAMBUTAN PAK MAIL TU!"

kata mamat kepada abu. <--sambungan drp tajuk entry..

hehe.. sebnanyer nk tulis pasal isu kartika.. dah alang2 papa ibad minta penjelasan yg berkenaan, maka termenari lah jari ini buat ke sekian kalinyer... (tiru papa ibad: when the finger dance! huhuhuhu)

Sejak beberapa bulan yang lalu, isu hukuman sebat ke atas peminum arak di khalayak ramai telah menimbulkan kekecohan baik di media massa dan media cetak (aper beza media massa & cetak ar?).

Pesalah yang merupakan bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarno yang merupakan warganegara Malaysia (sama macam Hendy Putra classmate aku kat SMAI tu la, nama jer indon tp warganegara yg lebih malaysia dr malaysian, kan hendy?).

LATAR BELAKANG
Kartika didapati bersalah apabila ditangkap di sebuah resort di Cherating dalam keadaan memegang minuman keras. Pada masa penangkapan, terdapat 5 individu yang beada di tempat terbabit. 2 orang berada jauh sedikit daripada meja, dan 3 orang (termasuk Kartika) berada di meja dan meminum minuman keras.

2 individu tersebut negatif ujian alkohol, manakala Kartika dan 2 lagi rakannya yang duduk di meja adalah positif, namun 2 orang rakannya tidak disebat kerana mereka berdua telah membuat rayuan agar tidak dikenakan sebatan dan hanya membayar denda.

Kartika kemudiannya dijatuhi hukuman sebatan oleh Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunos (thanx Hendy sebab betulkan).

ISU SEBATAN
Sebenarnya, Kartika bukanlah individu di Malaysia pertama yang dijatuhi hukuman sebatan kerana minum arak. Pernah beberapa kali hukuman yang seumpamanya dijatuhkan ke atas peminum-peminum arak sebelumnya, namun mereka diberi pilihan sama ada untuk menerima hukuman sebatan atau membuat rayuan untuk terlepas hukuman sebatan dan hanya didenda sebanyak RM5000 sahaja <--sori la kalo ada fakta yang salah di mana-mana, yer..

Sebatan menurut syarak adalah tidak kejam dan bertujuan untuk mendidik dan menimbulkan keinsafan oleh pesalah dan masyarakat. Pun begitu, pelaksanaan hukuman sebat syariah masih belum pernah dijalankan lantaran pesalah cenderung untuk membuat rayuan dan terlepas hukuman tersebut (plus, dorg ni byk duit nk byr denda yg x seberapa tu)..

Bagaimanapun, Kartika sanggup menerima hukuman sebat kerana insaf dan tidak mahu mengulangi lagi kesilapannya yang lalu. Sekadar memetik kata-katanya dari akhbar, beliau ada menyatakan bahawa sekiranya tidak ditangkap dan disebat, beliau mungkin masih bergelumang dengan dosa dan tidak akan berubah.

PGSM pula, dalam isu ini menyanggah kata-kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana mengeluarkan kenyataan negara tidak mempunyai jurusebat syariah. Justifikasi mereka: hukuman tersebut pernah dijalankan di kelantan beberapa tahun dahulu. Tambahnya lagi, tidak mungkin Mahkamah Syariah negeri Pahang menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui wujudnya jurusebat terlebih dahulu?

ABIM pula, mengatakan bahawa kekeliruan masyarakat dan tiada pemahaman menjadikan isu ini polemik. Bahkan ada juga pemimpin-pemimpin tinggi negara yang menggesa Kartika untuk membuat rayuan terhadap hukumannya itu. Mungkin pemimpin tinggi itu tidak faham 100% pelaksanaan hukuman ini yang menyebabkan mereka bersungguh menggesa Kartika untuk merayu? (atau, mereka pon minum? erk? lariiiiiiiiiixxxxxxxxxxxxxxxx) Atau, mereka tidak mahu memberi ruang untuk hukuman syariah "menapak" lebih jauh dalam sistem perundangan negara? (entah laa...)

PROSEDUR & SPESIFIKASI SEBATAN
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala/merapatkan siku ke tubuh seolah-olah menyepit buku di ketiak dan tidak jatuh).
7. Tidak melukakan kulit pesalah.
8.Pesalah memakain pakaian yang menutup aurat dan tidak tebal.

Ini adalah caranya sebatan ke atas pesalah wanita. Dengan berpakaian menutup aurat, rotan yang kecil dan tidak boleh mengangkat rotan melepasi kepala perotan, dan jika mengandung ditangguhkan terlebih dahulu. Bukankah ia sungguh ringan berbanding sebatan sivil yang dirotan tanpa pakaian dan rotannya sangat tebal. Sebat didalam Islam tidak melukakan tetapi memberi pengajaran. Dan dibuat di khalayak ramai supaya dapat memberikan pengajaran kepada orang lain.


PENDAPAT
Namun, bagi penulis, di sebalik hiruk-pikuk isu sebat Kartika ini, penulis memuji sikap Kartika yang insaf dan rela bertanggungjawab atas kesalahan sendiri. Sikap seperti inilah yang harus dipraktikkan oleh kita umat Islam masa kini.

Setiap daripada kita tidak lepas daripada melakukan kesalahan, tetapi, sebaik-baik orang yang membuat salah itu ialah orang yang bertaubat...

(kredit utk blogger ni pasal info2 sebat menyebat ni yer!)
http://inspirasihana.blogspot.com/2009/08/beza-sebat-syariah-dan-sebat-sivil-info.html

7 ulasan:

  1. sori yer kalo ada salah eja (kat ayat2 formal)..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Dato

    very good info. No big deal....
    Org Malaysia ni terlebih perihatin.. Nak merayu bagai..
    Tahniah kartika.. Semoga dia boleh menjadi tauladan kepada peminum arak diluar sana...

    BalasPadam
  3. bagus posting ni..sy pun ada plan nak tulis psl ni tp due to buat2 busy..x smpat nk tulis..
    tp yg pelik skali ialah nape PM kita soh kartika appeal..dea ada professional capacity ke utk bg legal advice like that? n nape sister in islam pun sebuk2 nak appeal on behalf of dea..diorg mn ada locus standi..merepek je..n credit to cikgu sbb tulis psl cara sebatan tu..diorg ni jahil.asal syariah je..ade la masalahnye..padahal syariah tula lebih adil. tu pun bkn nye exactly ikut provision of the Quran..mujur dpt 12, drpd 40 sebatan..klu kne 40 agaknye kiamat la malaysia ni..lg satu, klu kat pnjara biasa, sebat smp terkorak kulit tu..xde plak diorg bising..tp nape klu kes mahkamah syariah, jatuh hukuman sebat je sakit ati..adakah korang pun takut kene sebat? sbb korang pun minum arak jgk?? hmm..pikir2kan..

    BalasPadam
  4. weh.hakim syarie..Dato abdul Rahman Yunos..yo yo jek borak bagai nak rak, nama dia pon ko salah..haha...nd..

    BalasPadam
  5. haha.. sbb tu la aku mintak maap awal2..
    la~la~la~ (jalan berjingkit-jingkit dgn penuh senamg lenang tanpa rasa bersalah)

    BalasPadam
  6. tajuk yg bgus.tp sy pn pnh terfikir kenapa kartika? dia mungkin telah diupah oleh sesiapa utk menimbulkan isu ini@betul2 insaf@hnya nk menimbulkan rsa tidak puas hati rakyat muslim terhadap hukuman sivil yg kejam... sblm nie sume xpnh amk tw pon hal ni,mgkn ingt sebatan skg adalah sebatan yg diajar dlm Islam, tp lpas timbul isu ni bru la rkyat sedar pentingnya hukum hudud dilaksanakan secepat mungkin....untuk memberi keinsafan bukan menyeksa seperti hukum sivil

    BalasPadam
  7. orang mengaku Islam kena sokong islamik..tuan diri yang insaf.

    BalasPadam

Feel free to leave a comment! =)