Rabu, September 02, 2009

JOM BOIKOT AJARAN SESAT SI KAHAR NIH!

DIPETIK DARI BLOG NAIN THE HOBBITS - FRODO BAGGINS! THANX NAIN! GUD JOB!

Okie ... salam sahabat-sahabat semua. Frodo sebentar tadi merewang kemana-mana ntah dan terjumpa lak blog yang menyeru kita untuk berjuang sedaya upaya yang kita boleh bagi memusnahkan satu blog lahanat yang sesat lagi menyesatkan!!! Memang bow dow gilerr arrr. Huhuhuhuuhu, seperti biasa kelembapan hotak Frodo sebelum ini menyebabkan kepala bagai dihentak berkali2 bila mana, inilah kali pertama Frodo dengar nama Yang Agung Biol Kahar Ahmad ~ ((Aku tinggal kat gua kew sebelum nih? Huhuhuhu ... okie tu kita stry kemudian ...))



Bagi yang masih mengingati kes Kahar Ahmad ((seacuan gak arr dengan kerajaan langit raja ayah pin)) yang telah mengakui bahawa beliau seorang Rasul Melayu, sebenarnya makin canggih atook Gaban sorang ni. Beliau memblog wa cakap ~ So, kita yang terlebey canggih gak ni, jom sesama g FLAG blog Black Moroon tu! Jom kita bantu 'Doin Dawa' tuk perangi musang berbulu Baby Oink Pink tersebut. Bagi yang tak pernah nak Flag mende2 ni, bawah ni Frodo tunjukkan cara ...



Just click "Flag Blog" ~ then akan kuar lagik arahan seterusnya. Korank pilih arr mana2 yang patut cam kat bawah ni. Semakin ramai yg flag makin cantixxxx, pihak gooogurl senirik yang akan tutup akaun atook kahar ni!


Okieee ..... dah semer?? Bagus!! Frodo bagi ciuman paling berbisa ((untoook pompuan saja ~ I tulennn banggg)). Ini adalah satu sumbangan kita dalam memelihara Islam walaupun just meraba mouse yang sekseeyy itu dan tekan Flag. Mungkin nampak kecil tapi bukankah semua itu akan diperhitungkan di akhirat kelak?


:smoke:


Jommmm semua, jangan kedekut menggerakkan jemari anda untuk memusnahkan blog yang menyesatkan kita dan rakan2 seagama kita yang lainnya. Jika tidak kita siapa lagi? Bangkitlah walaupun kita hanya berseorangan di jalan ini, tapi andainya kita yakin kita dipihak yang benar maka teruskan perjuangan kita. Bukannkah pada Allah tempat sebaik-baik kita memohon pertolongan. Sekalipun mereka ramai dan kita sedikit yakinlah bahawa yang benar pasti tegak berdiri. Lawan tetap lawan ((uikk ayat saper ni, cam penah dengar. xoxoxo))

Berikut sedikit petikan tulisan beliau yang sngt "bijaksana" sehinggakan natang seperti Baby Oink Pink ittew pown menangis kesedehann bila membacanya. Ataukah ada yang akan berkata "Manusia yang menongkah arus sebenarnya seorang yg genius" ... hohohoho dulu pown wa caya membuta tuli dengan prinsip ni. Orang gila yg kuar stment merapu sebenarnya pencetus revolusi dunia. Hohohohoho, itu dulu. Walaupun skank masih lagi stick ngan prinsip ni tetapi dah ada tapisan. Means hotak Frodo dah ader KDN ((semer yang berunsur toksik dimusnahkan)) & yg ader unsur "lucah2" skit kat hotak Frodo dah ader LPFM .... xoxoxoxo


***


BUKTI TENTANG KEBENARAN RASUL

YANG DIUTUS TUHAN SEKARANG INI DI MALAYSIA


Apa sahaja tindakan yang diambil dan yang dilakukan terhadap rasul yang diutuskan Tuhan sekarang ini di Malaysia oleh mereka-mereka yang menentang dan mendustakannya itu adalah sebagai bukti yang nyata kebenaran rasul tersebut. Sebagaimana yang dilakukan terhadap rasul-rasul sebelum ini oleh kaumnya masing-masing, sebagai 'precedent case' tentang kebenaran rasul sekarang ini.


Yang benar

Abdul Kahar Bin Ahmad
Rasul Allah

Huhuhuhuhuhu ... paling tak tahan sal stament last tuh "Abdul Kahar ~ Rasul Allah". Masyaallah mmg kes naya atook ni? Mana mereka2 yang berkenaan? Asal x nak do something? Carik location uncle ni. Hack!! ((Oppsss, ajaran yg leh wat haku kene tangkap .. xoxoxo. )) Okie, kepada sahabat2 sekalian, di sini tugas kita! Flag blog uncle tuh!! Bayangkan dalam hari ni ajerr dah 5 entry kuar?? Ada kemungkinan tak atook ni kene penyakit mental, imsomnia, migrain yang melampau, schizophrenia, gegaran gegendang telinga yg menyebabkan modula oblgta beliau terjejas?? Mari kita bantu atook ini dengan memusnahkan Blog beliau yg cantixx ittew.



Untuk menaikkan lagi semangat sahabat2 semua, Frodo terjah bilik baca abah Frodo dan wa cilokkk sedikit article dalam buku beliau yang berjudul "Nabi Muhammad". Sebagaimana dikisahkan selepas beberapa hari Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah, ader sebilangan suku-suku arab yang enggan membayar zakat dan beliau berpendapat mereka adalah murtad kerana membelakangi Rukun Islam. Lalu diadakan mesyuarat akan tetapi ada yang merasa gentar dan berkata :~



"Tuan tidak akan mampu memerangi orang-orang arab ini" ...



Lantas khalifah Abu Bakar bangkit dan berkata : ~



"Demi Allah, wahai sekalian manusia! Meskipun aku hanya seorang sahaja dikalangan orang-orang yang tegak, akan aku perangi mereka demi untuk menegakkan agama Allah. Aku tidak peduli samada aku akan hidup atau mati. Aku pohonkan pertolongan Allah, kerana Allah adalah sebaik-baik tempat kita memohon."

2 ulasan:

  1. adus, geli la weh nk baca blog pakcik kahar tu.. jgn baca2, teruskan flag je blog tu.. roger..

    BalasPadam
  2. ish2 mmg xtau agama lgsg ke c kahar tuhh...huhu jom musnahkan fisabillilah

    BalasPadam

Feel free to leave a comment! =)