Rabu, Ogos 19, 2009

SAYANGI IBU BAPA

Suatu hari yang panas, aku ditugaskan untuk menghias kolam hiasan sekolah. Bahang mentari menjadikan tubuhku bermandi peluh. Kedapatan beberapa orang murid Tahun 4 Jaya membantuku menyiapkan tugasan itu. Semua mereka kelihatan penat. Terdetik rasa kasihan pula melihat mereka sebegitu.

"Jom, kita rehat dulu! Cikgu belanja air sirap, nak?" Kataku kepada mereka. Lima orang semuanya.

"Yeaaaa!" Mereka melonjak girang, ya lah cikgu belanja katakan!

Kami berehat melepaskan lelah dan membasahkan tekak. Sedang kami duduk-duduk di susur gajah berdekatan kolam hiasan itu, tiba-tiba Shukor terpandang sarang burung di menara jam di tepi kolam.

"Cikgu, tengok tu! Jom kita ambil anak burung tu!" Shukor mencadangkan.

"Ish, tak baik Shukor!" Aku menyanggah. Lalu fikiranku mencari-cari idea untuk menjustifikasikan tegahan aku tadi. Biasanya alasan mesti kukuh dan bernilai murni. Itu etika keguruan.

"Ok, cuba bayangkan kalau cikgu ambil kamu dari mak bapak kamu, kamu nak tak?" Aku rasa alasan yang aku beri ni cukup kukuh. Aku menjangkakan mereka akan menggeleng, tapi jawapan mereka adalah di sebaliknya.

"Nak! Nak!" Kata Shukor, yang lain hanya mendengar. Aku hairan mendengar jawapannya sebegitu.

"Kenapa?"
"Sebab.. cikgu best! Saya nak duduk dengan cikgu!"

Errr... pulak dah! Aku kematian idea.. contoh yang diberi untuk membuat penjelasan kini sudah caca-marba.. Akhirnya, aku kata tak baik ambik anak burung tu.. Nanti tak ada siapa nak bagi anak burung tu makan, mati.

Ni la budak nama Shukor tu..

P/S: Aku adalah cikgu PJ yang garang! Kenapa? Tak percaya ya?

4 ulasan:

  1. teruskan usaha terapkan nilai-nilai murni yer Cikgu Alias.

    BalasPadam
  2. cg PJ yg garang but students stil ske. siap nak duk gan cg PJ yg grang2 ag. he2..

    BalasPadam
  3. ya k.sue.. nilai2 akn diteruskan! idop cikgu lias! (mmg idop pon..)

    nadia: ingat, 1st day paraktikum kena buat garang giler, maklumkan kpd murid2 peraturan yg wajib dorg patuhi sms kelas kita. suara mesti tegas & yakin. muka kena b'semangat!

    paan: betollll~ p'cayalah!

    BalasPadam

Feel free to leave a comment! =)