Sabtu, Ogos 29, 2009

AIDILFITRI 5 TAHUN DAHULU

Aku sedang menghabiskan cuti-cutiku di rumah apabila secara tiba-tiba aku teringatkan sahabatku - Wan. Atau, lebih tepat lagi Allahyarham Wan. Aku sedang menghabiskan masa dengan duduk-duduk di dalam bilik aku ketika aku teringatkannya. Sebenarnya, aku dengan arwah bukanlah sahabat baik. Cuma peristiwa terakhir yang dilalui oleh aku bersamanya yang membuatkan aku mengingatinya. Hingga kini.

Hari-hari terakhir arwah bersamaku 5 tahun dahulu adalah sebegini...

TAHUN 2004, ketika itu Ramadan. Suasana girang menyambutnya tidak pernah surut. Kegembiraan Ramadan sentiasa hidup, banyak yang hadir ke surau untuk berbuka, bertadarus, & bertarawih. Aku tidak terkecuali. Cuma, semakin Ramadan menghampiri penghujungnya, aku dapati arwah semakin rajin hadir ke keramaian di surau. Arwah semakin rajin berbuka di surau, arwah semakin rajin bertarawih, dan aku perasan yang wajahnya semakin berser-seri! Tapi, aku sangkakan itu hanya tanda biasa saja.

Jadi, hari berlalu...

Ramadan tiba ke minggu akhir. Tibanya hari untuk aku pulang ke kampung. Masih aku ingat, ketika itu aku menaiki bas Utama Ekspres, perjalanan dari Kangar ke Kuantan. Arwah yang tinggal di Kemaman kebetulan menaiki bas yang sama.

Sebelum bertolak ke terminal, petang terakhir kami di Maktab Perguruan Perlis dihingari dengan lagu-lagu raya. Penyanyinya ramai dan gitaris cuma seorang - arwah. Arwah memang seorang yang cekap memetik gitar. Paling cekap antara kami. Lagu demi lagu didendang, lagu terakhir yang paling kuat dinyanyikannya adalah lagu Balik Kampung, Sudirman. Ketika itu kuat betul mereka menyanyi - Tok Chong (Hazri), Glenn (???), Arip (Arif), Din (Hafizuddin) dan lain-lain menjadi penyanyi latar tak profesional sambil diiringi petikan gitar oleh arwah. Seronok betul mereka hingga terdetik dalam hati aku, "Ish, diorang nih dah macam tak nak balik maktab jer!" tapi, aku diamkan saja.

Jam 1830, bas mula menggolekkan tayar menuju ke Kuantan. Aku duduk di kerusi yang jauh dari arwah. Tetapi dengan tiba-tiba, gadis yang duduk di sebelah arwah mempelawa untuk menukar tempatnya dengan aku kerana di sebelahku juga seorang gadis, melepas~! Hehe..

Perjalanan diisi dengan bualan kosong saja. Aku memang tidak pernah berbual lama dengan arwah sebelum ini, tetapi ketika itu bualan kami semakin rancak. Banyak yang dikongsi bersama, terutama pengalaman kami di maktab yang baru sahaja habis semester pertama.

Tiba-tiba, seperti berbisik dia berkata, "Eh Lias, boleh dok mung ajar aku ngaji? Aku ade suruh Kimie ajar aku, tapi die kate nanti, nanti.." seraya dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka perisian Al-Quran. Aku yang bersetuju untuk mengajarnya mula mengaji perlahan-lahan. Dia mengikutiku bacaan perlahan-lahan...

Hari beransur malam. Bas bergerak merentasi negeri-negeri di utara menuju Pahang...

Semakin lama perjalanan, semakin banyak dia bercerita. "Aku dulu teruk, banyok bende jahak aku buak.. Aku bukang orang baik Lias.. Dulu aku ade awek, aku banyok buak saloh kat die.." dia terus bercerita, berkisar perbuatannya dulu, kesalahannya dulu. Pada keluarga, pada adik beradik. Di wajahnya kelihatan penyesalan yang mendalam. Aku kasihankannya.

Malam itu, kami bersahur di atas bas sahaja. Perjalanan dirasakan terlalu lama. Ditambah lagi insiden perutnya memulas-mulas. Di Temerloh dia meminta bas berhenti di tepi jalan untuk membuang isi perut. Sekali lagi di Plaza Tol Gambang. Aku menggeleng-gelengkan kepala kelakar, namun kasihankan dia juga kerana tersalah makan agaknya.

Jam 0700, Kuantan, tiba di Terminal Makmur. Ayat terakhirku kepadanya, "Ok Wan, jumpa lagi kat maktab tahun depan ye!" Namun, jawapannya hanya senyum. Ketika aku bergerak meninggalkan terminal, aku berpaling. Aku lihat dia berdiri sambil tersenyum lagi. Senyuman terakhir yang takkan aku lupa. Senyuman tanpa jawapan...

Beberapa hari kemudian, hari lebaran tiba. Meriah. Seminggu kemudian...

"HELLO, Alias? Alias ke tu?"
"Ya, ya, Alias ni. Siapa ni?" Aku bertanya.
"Ni.. ni Ana. Ana Kemaman.." Jawabnya, ada sendu dalam nadanya.
Aku mula merasakan ada sesuatu terjadi, "Ooo, Ana rupanya! Ana sihat?" Tanyaku dengan nada gembira.
"Si..sihat. Alias.. Wan.. Wan dah tak ada!" Ana menghamburkan apa yang terbuku sambil menangis tersedu-sedan.
Aku terpana! Seperti Disambar petir! "Err, kenapa Ana? Kenapa dengan Wan?"
"Dia kemalangan! Di kampung..!" Ana bercerita lanjut...

Tiga hari kemudian...

Aku berada di pusara arwah. Sambil menatap butir-butir tanah lesu, aku menghadiahkan surah Al-Fatihah. Ketika itu, segala yang terjadi beberapa minggu lalu berputar ligat dalam fikiranku. Selesai urusanku di pusara, aku pulang.

Sambil melangkah menjauhi pusaranya, barulah aku tahu kenapa arwah hanya berdiam diri ketika berpisah tempoh hari.

Senyuman itu jawapannya.

Senyuman tanpa jawapan...

Khamis, Ogos 20, 2009

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!

SELAMAT DATANG RAMADHAN!!!

Berikut adalah hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

Sempena bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama melipatgandakan amalan kita...

Rabu, Ogos 19, 2009

SAYANGI IBU BAPA

Suatu hari yang panas, aku ditugaskan untuk menghias kolam hiasan sekolah. Bahang mentari menjadikan tubuhku bermandi peluh. Kedapatan beberapa orang murid Tahun 4 Jaya membantuku menyiapkan tugasan itu. Semua mereka kelihatan penat. Terdetik rasa kasihan pula melihat mereka sebegitu.

"Jom, kita rehat dulu! Cikgu belanja air sirap, nak?" Kataku kepada mereka. Lima orang semuanya.

"Yeaaaa!" Mereka melonjak girang, ya lah cikgu belanja katakan!

Kami berehat melepaskan lelah dan membasahkan tekak. Sedang kami duduk-duduk di susur gajah berdekatan kolam hiasan itu, tiba-tiba Shukor terpandang sarang burung di menara jam di tepi kolam.

"Cikgu, tengok tu! Jom kita ambil anak burung tu!" Shukor mencadangkan.

"Ish, tak baik Shukor!" Aku menyanggah. Lalu fikiranku mencari-cari idea untuk menjustifikasikan tegahan aku tadi. Biasanya alasan mesti kukuh dan bernilai murni. Itu etika keguruan.

"Ok, cuba bayangkan kalau cikgu ambil kamu dari mak bapak kamu, kamu nak tak?" Aku rasa alasan yang aku beri ni cukup kukuh. Aku menjangkakan mereka akan menggeleng, tapi jawapan mereka adalah di sebaliknya.

"Nak! Nak!" Kata Shukor, yang lain hanya mendengar. Aku hairan mendengar jawapannya sebegitu.

"Kenapa?"
"Sebab.. cikgu best! Saya nak duduk dengan cikgu!"

Errr... pulak dah! Aku kematian idea.. contoh yang diberi untuk membuat penjelasan kini sudah caca-marba.. Akhirnya, aku kata tak baik ambik anak burung tu.. Nanti tak ada siapa nak bagi anak burung tu makan, mati.

Ni la budak nama Shukor tu..

P/S: Aku adalah cikgu PJ yang garang! Kenapa? Tak percaya ya?

Selasa, Ogos 18, 2009

NAK CUTI DAH!!! YAHUUUU!!!

Dah namenye cikgu budak sekolah, time cuti jer mesti seronok mcm budak sekolah jugak! hahahahaha! Tinggal 3 hari jer lg aku nak balik Pahang.. hoho sronot giler!

Dah lama x cuti kat umah, dok kat maktab ni mcm dok kat neraka.. xder life langsung! (xder kebebasan la tu).. bagi yg x suka study mcm aku nih, kalo dpt cuti mmg sronot ler.. bukan x suka dok kat maktab, juz nk la rileks skejap drp jadual harian yg memenatkan nih..

penat ker? ntah la, walopon x penat sgt tp jadual penuh. pagi lepas subuh ada senamrobik wajib utk bakal guru2 PJ mcm aku nih setiap selasa - khamis. lepas senamrobik kelas mcm biasa drp kul 8am - 5pm (nasib baik jadual aku x pack sgt..) lepas asar ada GERKO (kokurikulum) pulak dah.. lepas GERKO balik smayang maghrib, makan, isyak, & zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......

tp, biasanya seblom tdo main DOTA dlu dgn kengkawan.. best btol dpt main game puas2, seblom ni praktikum, so komitmen lebih kpd kerja2 di sekolah.. keluar subuh balik senja, itu la rutin praktikum.. nasib baik pakai baju PJ kat sekolah, bleh bergerak dgn bebas ke mana sahaja dgn sepantas kilat. kalo pakai baju formal, nak berjalan sikit jer dh takut peluh! chais!


tp kan, bagi cikgu yg bujang mcm aku nih, kalo g skolah mesti kena usha baik punya dgn cikgu2 pompuan yg ada anak2 dara.. mana taknye, hari kedua aku dok kat skolah dah tanya aku single-mingle lagi ke x? alamak! segannye aku! kuang~ kuang~ kuang~ puas aku cilok kanan kiri carik idea untuk melarikan diri drp cikgu tuh, last2 terlepas! ayat dia last yg aku terdengar ialah: "laa, org nk 'interview' dia lari pulak dah!" kih kih kih! selamat aku!

yeaaa.. praktikum dh abes, minggu ni nk balik umah jumpa mak.. salam mak, cium dahi mak biar dapat pahala free! hehehehehe...


(haaiii, tetiba teringat kat anak murid plak dah...)

Jumaat, Ogos 14, 2009

HABESSSSSS!

6 minggu praktikum dah habes. Banyak betol pengalaman dapat. Letih, penat, gumbira, sedih, tension, semua ada!

Tapi, semua tuh ilang bila teringat budak2 jerit "Assalamualaikum cikgu Alias!" Jeritan yang excited & suka gila. Dari jauh time aku nak masuk kelas diorg dah ready n duduk betul2.. hahaha..

Aku praktikum di SK Santan. Ada orang kata SK Santan x best n cikgu2 x sporting. Bila aku sampai jer, pendapat tuh x btol.. ok jer aku dok situ.. saper yg kate x best tu maybe x pandai bwk diri kot? ntah la..

kat SK Santan, aku tinggalkan kenangan-kenangan ni:





Gambar2 nih ialah mural yg aku buat dgn guru-guru praktikum: Kak Kis, Kak Ita, Kak Fifi, Kak Ila, & Oi Ling.. Kredit utk korang sumer! Terima kasih! =)

Seronok buat mural, puas hati bila dah siap. Nanti bila posting nak buat mural banyak2 kat sekolah! hahahaha!


(in progress, sebelum jadik yang kat atas skali tuh.. hehe) budak2 asyik dtg tengok sampai ponteng kelas n kena denda!


Cat biru dulu.. (sebelum tuh dah cat putih..)


Sembur bang, jgn x sembur!


Pengikis pro nih!


Kerja2 pengikisan oleh pakar2 sedang dijalankan.


ni ha budak2 yg serabut jer time org tgh buat mural.. "cikgu, 'elok' lah cikgu buat" kata mereka setiap kali lalu di tepi stor sukan sebelah kantin.. bangga! (fyi: 'elok' b'maksud cantik bg org perlis, digunakan utk lukisan, gambar, etc)