Ahad, Jun 28, 2009

SIAPA SUKA HARI PANAS?

Siapa suka hari panas?

Tanyaku tiba-tiba kpd adik2 junior yg sdg mkn tghari b'samaku di Cook House. Ketika itu hanya kami berlima ketinggalan utk makan lebih awal. Di luar cahaya matahari seperti biasa memancarkan hawa panas memancar-mancar. Sesuai dgn musim yg hanya ada di negeri ini sahaja - Negeri Perlis. Tempoh kemarau melampau beberapa bulan setiap tahun akan dihadapi oleh negeri ini lantaran tempias cuaca dari negara jiran. Musim ini juga memberi peluang kpd pesawah di negeri ini untuk menuai dan bersedia utk semaian baru. Aku pula ketika panas terik itu sdg b'bual sambil mkn tgh hari di Rejimen 504 AW. Hari itu hari Ahad. Hari kami menjalani Latihan Lokasi di kem tersebut bagi menambah ilmu ketenteraan.

Hm? Soalan apa ni bang? Tiba2 jer? X paham la... Tanya mereka.

Abang sajer tanyer, kat luar kan panas, A.Lias t'ingat satu pengalaman dulu yg m'buatkan abg b'syukur dpt merasai hari panas mcm ni.

Oooo... Kata mereka serentak sambil mendengar aku b'cerita...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari itu penghujung tahun. Angin monsun yang melanda di negeri-negeri semenanjung membawa bersamanya kandungan air yang berat. Bila2 dan di mana2 sahaja air itu boleh tiba2 jatuh dan membasahi muka bumi tanah semenanjung. Aku & rakan2 m'ikuti Eksesais Celak Watan di Gunung Inas, Baling, Kedah. Latihan ketenteraan kendalian Rejimen 504 itu merupakan Perkhemahan Tahunan yg disertai ramai anggota sukarela dari IPTA, org2 awam, anggota tetap, dan kami - guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis.

Setelah beberapa jam menaiki 3 Tan (trak), kami tiba di Sg. Celak ketika hari menghampiri ptg. Selepas turun kenderaan, b'jln meredah denai di tepian sg yg jernih & menyegarkan selama beberapa jam, kami tiba di lokasi pangkalan di dlm hutan tebal, gelap. Jam menunjukkan ke arah 6, tapi suasana seolah2 sudah pukul 7 mlm.

Kami cepat2 m'bina pangkalan & m'dirikan kubu masing2. Selesai saja, jam sudah pukul 7, hari sudah gelap, dan tiba2... HUJAN! Hujan bkn hujan biasa, hujan lebat! Masa berlalu, jarum pendek jam berganjak, selesai solat Maghrib, Isyak, dan mkn mlm. Tiada apa yg dpt dilakukan kecuali duduk di p'teduhan di kubu. Masa diisi dgn b'bual b'sama rakan sekubu, Tuan Hakim - seorg penuntut di UUM b'pangkat Leftenan Muda.

Aku m'jalankan tugas semboyan, radio p'hubungan sentiasa b'sama. Sambil b'bual2 aku kdg2 m'hubungi rakan2 platun lain. Namun, slps semua rutin2 dilakukan, aku jangkakan malam sudah beranjak pagi, tetapi baru pukul 10 mlm! Ah, lambatnya masa b'lalu! Di luar masih hujan (di tepi2 aku je), mlm yg kian b'anjak semakin sejuk! Bulu2 romaku tegak b'ceracak - sejuk! P'nafasanku panas mengeluarkan asap2 hawa b'kepul2, spt yg aku pernah lihat dlm cerita barat ketika wataknya b'cakap di musim sejuk. Badanku mula menggelatar. Setiap beberapa minit pula pacat2 hutan yg mmg dahagakan darah t'jentik2 memanjat lengan, kaki, & kepalaku. Entah bila, sedar2 dh ada pacat dlm baju & seluar! Besar2 pulak tuh! Ooo... Kenyang isap darah aku yeeee... Nah, ambik kau! Aku jentik pacat2 tu, jauh.

Semakin pagi, aku sudah tidak tahan. Ketika itu ketahananku melepasi upaya fizikal, yg tinggal cuma kekuatan mental yg b'celaru antara putus asa & mengerah kekuatan, b'gilir-gilir. Aku seumpama dlm neraka sejuk! Bukan saja sejuk, air tanah yg m'alir mula menyerap ke seluar & baju. Habis pakaian dlm pun basah. Baju usah kata la, mmg kena hujan dah, tapi boleh elak di bwh teduhan yg dibuat. Aku m'bakar kokus setiap 5 minit & m'biarkan hawa panas menyerap kesejukan tubuh t'utama di tgn, muka, & kaki. Boleh la tahan sekejap, tapi berapa banyak kokus nk guna? Nanti habis!

Malam b'hujan, sejuk, baju lencun, di dlm hutan di kaki Gunung Inas itu, aku kesejukan menggeletar, antara tidur dan sekejap2 t'jaga lantaran sejuk & x selesa, mlm semakin b'anjak pagi.. Pagi.. & hari pun cerah...

Yahuuuuuuuuuuuu!!! Matahari dh keluar! Hari dh panaaaaaaaaaaaasssssssss!!! Alhamdulillah!!!

Selesai solat Subuh, aku m'jerit kegirangan, mlm p'tama di hutan sahaja sudah sebegitu, mcm mana pula mlm2 b'ikut?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Haa.. Sbb tu la A.Lias tanya soalan tu td. Kita sebenarnya x pernah b'syukur dgn benda2 biasa b'laku di sekeliling kita. Contohnya, katil biasa kita di Kolej Kediaman, hari panas biasa yg kita lalui saban hari, hidup biasa yg t'urus & banyak masa t'luang, akan m'jadi NIKMAT LUAR BIASA jika kita pernah m'hadapi kesusahan. Kita patut b'syukur..

Betul2! Kata Peja. Ammuthamalar, Yong Won, & Iffah juga m'iyakan.
Owh, patut la A.Lias tanya camtu awal2 td..

Abesss...

(Setakat ni dulu cerita aku, lain kali nk sambung mlm kedua yg lebih adventurous di Kaki Gunung Inas sms Eksesais Celak Watan tu.. Tunggu.....)


8 ulasan:

  1. saya suka hari panas :) sbb dlu penah rasa banjir besar..jd skrg ni agak risau kalo ujan xbrenti..
    jd..biarlah panas...~~
    btw..matahari=ceria..
    tp hujan itu rahmat Allah..
    still kena bersyukur atas apa shj kurniaan-NYA..~~

    BalasPadam
  2. ya, b'syukur krn hari panas, b'syukur juga krn hari hujan.. semua yg Allah jadikan itu x sia2.. =)

    BalasPadam
  3. Yang pasti, dunia sudah semakin tua...

    Apakhabar saudara ?

    BalasPadam
  4. baik.. baik... sihat2 jer ni... =) (tapi ada batuk2 sket.. hehe)

    BalasPadam
  5. yeap...!!btol..btol..btol...!!bersyukur..~~

    BalasPadam
  6. wahhh??? kisah kat Baling 2 nti law nak smbung jgn cerita semua da la. tapis2 la skit yek? hehek..
    nadyacarlota

    BalasPadam
  7. haha, ok2.. watak2 dlm citer seterusnya adalah 'bukan nama sebenar' hehehe...

    BalasPadam
  8. arghhh....mcm seram jek munyik duk dlam utan tu abg lias...pacat besr2....uiiii takot!!!ade x yg msok tlinge??gigit2 gegendang tlinge?? (^x^)

    BalasPadam

Feel free to leave a comment! =)