Isnin, Jun 29, 2009

TIADA SIAPA TAHU MALAM ITU AKAN...???

(sambungan daripada cerita di bawah...MALAM KEDUA DI KAKI GUNUNG INAS)

ALHAMDULILLAAAAAAAAH!!!

Jeritan batinku bergaung ke segenap pelusuk hutan yang ceria di pagi hari yang menyinarkan cahaya gembira. Kicau burung dan silir angin yang berpadu menyinggah wajahku langsung membenamkan segala kelesuan dan keterseksaan malam yang beku. Suasana kurasakan seperti hidup, alam seakan-akan tersenyum. Kabus-kabus mula terangkat naik ditembusi sinar mentari pagi menghasilkan tiang-tiang cahaya yang indah menerobos ke lantai hutan. Pagi yang indah, seakan-akan orkestra yang agung, melodi yang teradun harmoni menghasilkan bunyi alam yang majestik yang hanya boleh didengar dengan hati.

Selepas solat subuh, aku ke sungai yg jernih, mengambil sedikit air, menyelesaikan sedikit urusan natural manusia, lalu kembali ke pangkalan. Selesai bersarapan, kubu yang tidak lengkap disiapkan dengan bertungkus-lumus. Kerja-kerja biasa di pangkalan adalah rutin setiap kali eksesais.

Hari tersebut berlalu dengan biasa. Wajah-wajah anggota dari IPGM Kampus Perlis pelik bagai. Ada yang biasa, ada letih, ada monyok, dan ada yang tak kenal penat- enjoy! Bagossss! Mental mesti kuat <---bak kata Akim! (pinjam ayat Akim sikit yer! hehehe)

Waktu bergerak, hari kian berakhir, hutan yang ceria di pagi hari mula bertukar suram ketika petang menghampiri. 1800, jam 6 petang, kami meneruskan rutin pangkalan. Semua kaku, hutan sunyi, tiada suara manusia dan kegelapan menghampiri. Suram dan menakutkan. Ketika itu, tiada siapa sedar malam itu akan berlaku peristiwa. Peristiwa alam gelap!

2000, jam 8 malam, rutin tersebut selesai. Aku mengambil kesempatan solat & makan malam. Sambil2 itu, aku bersembang dengan Tuan Hakim. Tiba-tiba! Tat tat tat tat tat tat! Tebabooommm! Bunyi tembakan senjata api dilepaskan dari satu sudut hutan. Gemanya bergaung ke segenap pelosok hutan memecah kesunyian malam.

Eh? Awalnya jurulatih masuk? Takkan dekat pukul 9 dah mula latihan? Kata Tuan Hakim.

Rupa-rupanya itu adalah bunyi tembakan yang sengaja dilepaskan semasa satu sesi latihan ketenteraan. Tuan Hakim yang berpengalaman cepat sahaja membaca keadaan. Kerana tidak berpuas hati kerana tembakan dilepaskan awal, Tuan Hakim mengutuk-ngutuk. Nyata Telahannya betul kerana sekejap saja selepas itu terdengar suara semboyan dari tempat latihan sana menyampaikan laporan menyatakan mereka telah tersilap antara manusia dan kunang-kunang! Aku yang memegang radio perhubungan jelas sahaja mendengarnya. Ceh, kelip-kelip pun tersilap tengok! Kutuk aku.

Tidak lama kemudian, satu lagi grup membuat kesilapan. Sehingga dua kali sesi tersebut diulang. Natijahnya, kedua-dua pangkalan, GAGAL! Aik? Mengapa kedua-dua pangkalan melakukan kesilapan yang sama? Aku mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Kemudian, mereka yang terlibat dengan sesi tersebut lalu pulang ke pangkalan masing-masing.

Keadaan kembali normal. Hutan yang sunyi sahaja dan tiada suara manusia walau ramai anggota yang berada di situ. Cuma yang terdengar adalah susup-sasap anggota bergerak meredah hutan. Kira-kira sejam selepas itu, ada laporan sampai kepadaku mengatakan anggota platun aku mengalami sakit. Telahan aku silap kerana menganggap anggota tersebut cuma sakit biasa apabila dengan tiba-tiba anggota tersebut menangis! Suasana malam yang gelap pekat mula menjadi kecoh. Beberapa anggota cuba menenangkan anggota wanita tersebut.

Norm, bertenang Norm! Jangan nangis!

Norm tak mau nangis... Bukan Norm yang nangis! Kata anggota wanita terbabit.

Hah? Aku mula pelik. Koperal yang bertugas mula mengangkat Norm lalu dibawa ke Markas Tek. Katanya, anggota tersebut sudah 'terkena'. Bulu romaku mula meremang. Ramai yang sudah panik. Tapi, aku perlu kekal tenang, suasana ini perlu dikawal.

Selepas itu, keadaan kusangkakan akan tenang. Selepas 30 minit, selepas beberapa kali berulang-alik berkawal di tempat yang diganggu kerana bimbang kejadian berulang. Aku mendapati salah seorang anggota wanita yang tadinya tidur, kini sedang duduk memeluk lututnya dan muka terpunduk.

Madiah, kenapa ni? Tanyaku risau. Madiah hanya menggeleng dan badannya keras ketika aku menggoncang-goncang. Madiah enggan berganjak. Madiah dalam proses diganggu, dia tak boleh dibiarkan di sini! Aku lalu membuat keputusan mengalihkan Madiah ke kubu lain. Jauh dari tempat yang 'keras' itu.

Selepas beberapa minit, keadaan Madiah tiada perubahan. Lalu, dengan pertolongan anggota lelaki lain, semua anggota dikumpulkan. Beberapa anggota wanita yang lemah semangat dibawa ke Markas Tek yang jauh dari pangkalan, termasuk Madiah dan perajurit wanita lain. Aku terpaksa menjadi peneman bersama beberapa anggota lelaki.

Tiba saja di sana, aku sudah dapat mendengar jeritan dari jarak 2o meter. Jeritan bukan jeritan manusia tetapi adalah makhluk hutan selayaknya! Kami semakin dekat. Penglihatan aku jelas melihat Norm sudah dikuasai makhluk lain. Dirinya bukan dirinya. Mukanya menyeringai! Matanya tajam terjengil menentang beberapa anggota yang ber'ilmu'. Suara jeritannya berterusan. Bunyi itu masih aku ingat, seperti bunyi kera menghalau manusia dari kawasannya. Dan aku pasti, makhluk itu langsung tidak faham bahasa manusia!

Beberapa minit kemudian (selepas sejam bertarung). Akhirnya makhluk itu berjaya dipujuk. Selepas dikeluarkan, Norm kembali normal. Roman wajahnya tidak menampakkan tanda-tanda kerasukan lagi.

Malam itu pun berakhir...

Sehinggalah keesokan harinya, barula aku mendengar cerita tersebar ke seluruh pangkalan. Rupanya, sejak petang kelmarin ada 'benda' mengacau eksesais kami. Bilangan ahli kumpulan adakalanya terpaksa dikira 3 / 4 kali kerana berubah, sekejap 10 orang, sekejap 11 orang. ada koperal pula nampak satu makhluk seperti perempuan rambut panjang putih mengurai mengikut mereka dalam barisan semasa eksesais petang kelmarin. Malam selepas kerasukan itu pula, ada anggota melihat 2 mata merah menyala tersorok-sorok memerhati mereka dari sebalik pokok lalu terbang dari pokok ke pokok dengan laju. Bukan dia saja yang nampak, tetapi ramai.

Masih aku ingat, tanya mereka ketika itu:

Apa yang kau suluh?

Tak ada apa-apa lah.. Jawab anggota tersebut, merahsiakan.

Cerita Madiah pula, malam itu selepas Norm dibawa ke Markas Tek, dia menyambung tidur apabila ia seperti terdengar namanya dipanggil. Madiah! Satu suara memanggil, seperti dekat sahaja dengan telinga. Mata Madiah dibuka, namun.... Tiada sesiapa! Hanya malam gelap sekeliling! Madiah kembali tidur, tetapi suara itu acap kali memanggil namanya! Tidak tahan dengan itu, Madiah duduk menyilang kaki sambil memeluk lutut dan terpunduk hinggalah aku datang membawanya pergi. Lega.

Dan aku pula, semasa berjalan balik ke pangkalan selepas menyelesaikan urusan di Markas Tek yang menguruskan mangsa rasuk, aku telah menegur 'sesuatu' yang paling belakang barisan kami. Woi, yang kat belakang tu, cepatlah sikit! Selepas aku amati, rupanya tiada orang!?

Jadi, tadi itu apa?

Bulu romaku meremang!!!

(Nama-nama dalam cerita ini adalah BUKAN NAMA SEBENAR kecuali aku bagi merahsiakan identiti mereka, TQ!)

Ahad, Jun 28, 2009

SIAPA SUKA HARI PANAS?

Siapa suka hari panas?

Tanyaku tiba-tiba kpd adik2 junior yg sdg mkn tghari b'samaku di Cook House. Ketika itu hanya kami berlima ketinggalan utk makan lebih awal. Di luar cahaya matahari seperti biasa memancarkan hawa panas memancar-mancar. Sesuai dgn musim yg hanya ada di negeri ini sahaja - Negeri Perlis. Tempoh kemarau melampau beberapa bulan setiap tahun akan dihadapi oleh negeri ini lantaran tempias cuaca dari negara jiran. Musim ini juga memberi peluang kpd pesawah di negeri ini untuk menuai dan bersedia utk semaian baru. Aku pula ketika panas terik itu sdg b'bual sambil mkn tgh hari di Rejimen 504 AW. Hari itu hari Ahad. Hari kami menjalani Latihan Lokasi di kem tersebut bagi menambah ilmu ketenteraan.

Hm? Soalan apa ni bang? Tiba2 jer? X paham la... Tanya mereka.

Abang sajer tanyer, kat luar kan panas, A.Lias t'ingat satu pengalaman dulu yg m'buatkan abg b'syukur dpt merasai hari panas mcm ni.

Oooo... Kata mereka serentak sambil mendengar aku b'cerita...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari itu penghujung tahun. Angin monsun yang melanda di negeri-negeri semenanjung membawa bersamanya kandungan air yang berat. Bila2 dan di mana2 sahaja air itu boleh tiba2 jatuh dan membasahi muka bumi tanah semenanjung. Aku & rakan2 m'ikuti Eksesais Celak Watan di Gunung Inas, Baling, Kedah. Latihan ketenteraan kendalian Rejimen 504 itu merupakan Perkhemahan Tahunan yg disertai ramai anggota sukarela dari IPTA, org2 awam, anggota tetap, dan kami - guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis.

Setelah beberapa jam menaiki 3 Tan (trak), kami tiba di Sg. Celak ketika hari menghampiri ptg. Selepas turun kenderaan, b'jln meredah denai di tepian sg yg jernih & menyegarkan selama beberapa jam, kami tiba di lokasi pangkalan di dlm hutan tebal, gelap. Jam menunjukkan ke arah 6, tapi suasana seolah2 sudah pukul 7 mlm.

Kami cepat2 m'bina pangkalan & m'dirikan kubu masing2. Selesai saja, jam sudah pukul 7, hari sudah gelap, dan tiba2... HUJAN! Hujan bkn hujan biasa, hujan lebat! Masa berlalu, jarum pendek jam berganjak, selesai solat Maghrib, Isyak, dan mkn mlm. Tiada apa yg dpt dilakukan kecuali duduk di p'teduhan di kubu. Masa diisi dgn b'bual b'sama rakan sekubu, Tuan Hakim - seorg penuntut di UUM b'pangkat Leftenan Muda.

Aku m'jalankan tugas semboyan, radio p'hubungan sentiasa b'sama. Sambil b'bual2 aku kdg2 m'hubungi rakan2 platun lain. Namun, slps semua rutin2 dilakukan, aku jangkakan malam sudah beranjak pagi, tetapi baru pukul 10 mlm! Ah, lambatnya masa b'lalu! Di luar masih hujan (di tepi2 aku je), mlm yg kian b'anjak semakin sejuk! Bulu2 romaku tegak b'ceracak - sejuk! P'nafasanku panas mengeluarkan asap2 hawa b'kepul2, spt yg aku pernah lihat dlm cerita barat ketika wataknya b'cakap di musim sejuk. Badanku mula menggelatar. Setiap beberapa minit pula pacat2 hutan yg mmg dahagakan darah t'jentik2 memanjat lengan, kaki, & kepalaku. Entah bila, sedar2 dh ada pacat dlm baju & seluar! Besar2 pulak tuh! Ooo... Kenyang isap darah aku yeeee... Nah, ambik kau! Aku jentik pacat2 tu, jauh.

Semakin pagi, aku sudah tidak tahan. Ketika itu ketahananku melepasi upaya fizikal, yg tinggal cuma kekuatan mental yg b'celaru antara putus asa & mengerah kekuatan, b'gilir-gilir. Aku seumpama dlm neraka sejuk! Bukan saja sejuk, air tanah yg m'alir mula menyerap ke seluar & baju. Habis pakaian dlm pun basah. Baju usah kata la, mmg kena hujan dah, tapi boleh elak di bwh teduhan yg dibuat. Aku m'bakar kokus setiap 5 minit & m'biarkan hawa panas menyerap kesejukan tubuh t'utama di tgn, muka, & kaki. Boleh la tahan sekejap, tapi berapa banyak kokus nk guna? Nanti habis!

Malam b'hujan, sejuk, baju lencun, di dlm hutan di kaki Gunung Inas itu, aku kesejukan menggeletar, antara tidur dan sekejap2 t'jaga lantaran sejuk & x selesa, mlm semakin b'anjak pagi.. Pagi.. & hari pun cerah...

Yahuuuuuuuuuuuu!!! Matahari dh keluar! Hari dh panaaaaaaaaaaaasssssssss!!! Alhamdulillah!!!

Selesai solat Subuh, aku m'jerit kegirangan, mlm p'tama di hutan sahaja sudah sebegitu, mcm mana pula mlm2 b'ikut?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Haa.. Sbb tu la A.Lias tanya soalan tu td. Kita sebenarnya x pernah b'syukur dgn benda2 biasa b'laku di sekeliling kita. Contohnya, katil biasa kita di Kolej Kediaman, hari panas biasa yg kita lalui saban hari, hidup biasa yg t'urus & banyak masa t'luang, akan m'jadi NIKMAT LUAR BIASA jika kita pernah m'hadapi kesusahan. Kita patut b'syukur..

Betul2! Kata Peja. Ammuthamalar, Yong Won, & Iffah juga m'iyakan.
Owh, patut la A.Lias tanya camtu awal2 td..

Abesss...

(Setakat ni dulu cerita aku, lain kali nk sambung mlm kedua yg lebih adventurous di Kaki Gunung Inas sms Eksesais Celak Watan tu.. Tunggu.....)


Selasa, Jun 23, 2009

LA~ LA~ LA~

Aku berjalan-jalan melintasi blog aku~
La~la~la~

=)