Selasa, Disember 09, 2008

WARNA-WARNI MALAYSIA

Hari ini, 9 Disember 2008 - Aku memulakan hari yang sibuk- Aqiqah untuk Yasmeen. Yasmeen Amani ialah anak saudaraku yang kedua. Usianya yang menjengah 6 bulan menjadikannya semakin comel saban hari. Haha, dan aku suka melihatnya tersenyum setiap kali memandang aku - Pak Cik Ali! (korang: pakcik Ali? Old schoolnye nama) Huhuhu... (Teringat jugak kat Zahra yg aktif terlebih & Ziyad yang malu-malu kat Putrajaya.. hehehe)

Dalam sibuk-sibuk membantu ibu mengemas rumah, membentang tikar, mengangkat kerusi, menyusun pinggan mangkuk, mengemas mana yang patut, dan melihat kambing dibakar bulu, mata aku asyik mengerling ke arah jam di dinding (aku memang tak suka pakai jam tangan). Erk? dah pukul 9.00 pagi? Pergi kemas baju dululah!

Siap mengemas, mandi (erk? mandi lewat?), salam dengan ibu yang terchenta dan adik-beradik, aku pun menuju ke terminal bas Jerantut. Tiba saja terus menaiki bas langsung bertolak ke Kuala Lumpur. Ya, hari ini aku memulakan perjalanan menyertai program Lawatan Perlis-Sabah anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Institut Perguruan Perlis. Aku mantan NYDP pun dijemput hadir. Syukur pada ALLAH aku dijemput hadir sekali.. hehehe.. ye la, mantan yang cemerlang la katakan! (uweekk, cemerlang la sangat..) hehe...

Tiba di Pekeliling, aku naik LRT ke Plaza Rakyat. Selepas seorang rakan dari Johor (Wak) menyertai aku, kami bergerak ke Stesen LRT Masjid Jamek dan menuju ke Wangsa Maju. Kami berjanji untuk berkumpul di rumah Ong. Sedia menunggu di sana ialah seorang lagi rakan - Chan.

Sampai saja di Wangsa Maju, kami berjalan-jalan sebentar di Carrefour. Malam, selepas uncle belanja makan siakap masak stim (uncle ialah ayah Ong), kami berjalan-jalan di Jusco. Window shopping saja. Beli la sikit buah. Kemudian ke Up Town - sayangnya masih tutup (cuti raya haji).

Apa yang menarik? Banyak. Selain pertama kali naik LRT sorang-sorang (ye laa, orang kampung saya ni, mana penah naik LRT, terasa jakun pon ada, ahaks!) saya suka pada satu benda. Perpaduan. Hubungan baik dengan rakan-rakan berbangsa lain, duduk sekatil, bersembang macam adik-beradik dan berjalan-jalan serta makan bersama-sama membuat aku bersyukur pada TUHAN kerana diberi nikmat ini. Saling menghormati, memahami agama masing-masing membuat negara Malaysia istimewa. Rakan berbeza agama juga peka jika telah masuk waktu solat, makanan halal, serta perkara-perkara sensitif lain. Ya lah, suasana seumpama ini sukar dilihat, malah jarang. Apa yang berlaku ini adalah anugerah Tuhan. Ya, anugerah dari TUHAN!

Anugerah tak ternilai ini, jika disia-siakan, alangkah rugi kita. Aku guru, akan selalu menyemai pada batas pemikiran murid-muridku, benih agama dan perpaduan.

1 ulasan:

  1. Hello Lias~ Terjumpa laman blog Lias melalui emel yang Lias hantar pasal penulis yang bernama Awang. Ergh, tak biasa nak taip dalam BM pulak.

    Hmmm, sebab baru dapat tau tentang blog ni hari ini, so hari ini juga saya akan komen sikit pasal entri ini. Hehe~

    Selepas masuk maktab, barulah Evon mula berkenalan dengan rakan berbangsa Melayu sebab sebelum ni memang belajar kat sekolah Cina je. Mula-mula tu memang mengalami culture shock yang cukup hebat.

    Tapi sekarang, dah 4 tahun di Perlis bersama rakan-rakan Melayu yang pendek jangka berkenalan tetapi saya rasa hubungan dengan kebanyakan panjang hingga boleh lilit bumi beberapa kali dah. Haha~

    Saya juga berasa amat bersyukur kerana berpeluang untuk berhubung rapat dengan rakan-rakan berbangsa lain dan harap-harap kita sebagai guru boleh teruskan fenomena ini di kalang murid kita. Kaiyok Lias!

    I believe you can do the best for you pupils!

    BalasPadam

Feel free to leave a comment! =)