Sabtu, Disember 13, 2008

ORANG KESESATAN

13 DISEMBER 2008 - Sudah 2 hari aku tidak menulis. Sebabnya aku tak sempat, letih, dan tidur awal. Di Sabah, waktunya berbeza dengan semenanjung. Segala-galanya perlu diawalkan sejam - bangun pagi, solat, makan, tidur.. semuanyalah! Bayangkan aku tak biasa bangun pagi pukul 5. Bangun pukul 6 saja tengok-tengok matahari sudah tinggi, langit cerah. Kalut dibuatnya!

2 hari lalu, rombongan kami bertolak ke Ranau. Dari KK perjalanan ok saja sehinggalah tiba kawasan berbukit. Bukit tinggi, jalan berliku - mengalahkan Genting/Cameron Highlands! Driver bas pulak memandu laju nak mampos! Chuak doh! hahaha.. Tiba di Kundasang, aku disambut oleh suasana alam yang mengkagumkan. Majestik! Aku terpana dan terkesima. SUBHANALLAH! Cantik sungguh. Suhu persekitaran pula rendah, sejuk pergunungan. Dari situ juga terpasak gagah Si Kinabalu. Kukuh dan megah melengkapkan seri alam. Aku terpesona. Kabut seputih kapas mendamping saja puncak Kinabalu. Cantik bah!

Tiba di pekan Kundasang, singgah sekejap di gerai-gerai sayur dan buah. Segar semuanya. Memang tepat lirik lagu Sayang Kinabalu -"banyak sayur boleh pilih-pilih~". Bas menuju Ranau. Kami melawat Kolam Air Panas Poring. Aku mandi kolam biasa saja. Tak nak aku mandi di kolam air panas yang macam orang masak steam boat aja! Haha! Kecil sangat kolah mandi air panasnya! Tak macam di Baling.

Selesai, kami bertolak ke Kampung Kinapulidan. Letaknya di Ranau. Tiba saja, kami disambut dengan raut wajah-wajah yang manis menguntum senyum. Merekalah ayah-ayah dan mak-mak angkat kami. Habis saja membahagikan peserta kepada keluarga angkat masing-masing, kami ke rumah mereka. Aku berdua dengan Elangoh diterima oleh keluarga Encik Malik dan Noor Kamisah. Sampai sahaja di rumah, kami disambut mesra. Bualan singkat dan ramah menghilangkan debaran kami yang masih kekok. Aku dengan selamba badaknya mengaktifkan lidah aku dalam mode slanga Sabah. Aku cakap Sabah bah! Hahaha..

Mereka sekeluarga adalah dari kaum Dusun. Ayah angkatku bekerja di pekan Ranau, ibu angkat pula guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Kinapulidan tapi berasal dari Keningau. Anak-anak mereka yang comel ada tiga - Aznil, Nijah, dan Am. Malam itu kami tidur selepas makan malam, makan durian, menonton TV dan berbual. Sejuk!

Esoknya, 12 hari bulan. Bangun pagi saja aku sudah kagum. Belakang rumah tersergam pemandangan Kinabalu yang jelas tak berkabut! Sangat jelas. Kabut masih belum terbentuk, hanya ada segaris kabus nipis di kaki gunung. Dengan binokular ayah angkatku, pemandangan dizoom lagi. Cantiiikkkk! Tak habis-habis aku memulangkan kekaguman aku kepada MAHA PENCIPTA semuanya. SUBHANALLAH!

Pagi itu diisi dengan gotong-royong dan mandi sungai. Selepas solat Jumaat, kami terpaksa berpisah. Hati berat. Sedih pun ada tapi lebih banyak perasaan tidak puas tinggal di situ. Kami masih belum sempat lebih mesra pun! Tapi aku sempat bertukar nombor berhubung. Friendsrer Aznil aku sempat add juga. Nasib di rumahnya ada internet. Kami pulang dengan hati sedih. Terima kasih daun keladi. Panjang umur kudatang lagi ya! Selamat tinggal Kinapulidan, namamu katanya bererti "orang kesesatan"!

Tiba di KK, letih. Tiduuurrr...

Hari ini, aktiviti ke pulau. Pulau Manukan, Mamutik dan Sapi kami lawati. Paling best Pulau Manukan. Banyak hidupan akuatik yang baru aku temui. Ada karangan pelbagai juga. Tapak sulaiman berwarna biru pula paling menarik perhatian aku! Pulau Mamutik dan Sapi tak dapat menandingi Manukan - Paling menarik lautnya!

Malam, kami ada pertandingan boling. Haha, aku tak pandai main! Habis saja, aku ke cyber cafe, menulis lagi. Macam nain kata, blog aku ni macam diari. Haha, tengoklah bentuk blog ni macam mana. Aku lebih suka konsep yang bercampur-campur (buat masa sekarang ni konsep diari) haha.. Lepas ni nak balik, beli Kreko d Seven E, pastu nak baca. Habis baca baru nak tidur! Miahahaha (erk? apasal aku gelak macam Nain?) Arrrhhhhhh....!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Feel free to leave a comment! =)