Ahad, Disember 28, 2008

HIJRAH & TAHUN BARU, SERTA SATU JANJI

Salam Hijrah semua! Semoga Hijrah Rasulullah s.a.w kita hayati bersama. Memegang erat pada tali Allah. Kebergantungan pada-NYA yang tidak berbelah bahagi. Tahun baru ini kita hiasi dengan azam tayyibah. Azam kebaikan.

Aku beberapa hari lalu baru selesai menghabiskan novel Satu Janji. Sembang-sembang bersama Sarah ketika singgah sebentar di Kundasang ketika lawatan ke Sabah tempoh hari mendorong aku untuk mencari novel ini. Sarah ialah junior aku, pelajar jurusan Matematik, Institut Perguruan Perlis, katanya novel Satu Janji memaparkan keindahan persekitaran pergunungan Kinabalu. Terdorong oleh saranannya, aku selesai membaca.

Sungguh, ketika aku membaca, suasana persekitaran dan pemandangan seolah-olah dimainkan semula di dalam kotak memoriku. Pemandangan, suasana, rasa, kekaguman, semuanya berputar-putar menerusi layar ingatanku persis tayangan gambar filem lama. Aku seolah-olah membaca dengan pemandangan indah di sekelilingku. Keindahan Kundasang, rasa angin perbukitan yang sejuk, menerbitkan rindu aku pada Sabah. Masih kuingat, kesuraman cahaya, mendungnya langit kadang-kadang menerbitkan tiang-tiang cahaya mentari yang menerobos awan. Si Kinabalu yang gagah melatari dan menunjang suasana. Syahdunya! Cuma, Hotel Perkasa yang dicatatkan Abg Ramlee tidak aku lawati, juga Rumah Anak-anak Yatim Kundasang.

Aku kini memasang niat untuk melawat lagi ke tempat itu, InsyaALLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Feel free to leave a comment! =)