Isnin, Disember 08, 2008

GEMAAN KALIMAH KEBESARAN

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! LA ILAHA ILLALLAHU WALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD!

Hari ini, buat kesekian kalinya kalimah kebesaran membesarkan ALLAH sekali lagi dilaung. Bergaung dan bergema dari timur jauh langsung ke barat dunia. Kalimah takbir yang terulang-ulang mengelilingi dunia selayaknya meraikan hari kebesaran Islam.

Segenap alam, dari seluruh pelusuk bumi dengan frekuensi dan kehalusan yang berbeza bersama-sama membesarkan TUHAN. Batu-batu di jalanan, pokok-pokok dan dedaunan, ikan-ikan di lautan, para penghuni alam malakut semuanya, pada hari ini bertakbir lagi. Mengangkat zat TUHAN yang MAHA BESAR. Yang tiada tuhan lagi layak disembah melainkan-NYA!

Di hari-hari titis-titis hujan menghiasi, aku berjalan ke rumah TUHAN. Dengan hati yang berbisik takbir seiring hari besar ini. Lisanku bertakbir lagi!

2 ulasan:

  1. adesss...sesungguhnya mmg seorang guru..bahasa nye sungguh puitis...nmpk nya fyena kena byk belajar dr cikgu huhuhu...

    BalasPadam
  2. erk? ahahahaaaa... pujian dato fyena membuatkan dato melambung ke langkit ke tujuh! tenkiu2! =)Alhamdulillah (dato mengembalikan sgala pujian kpd ALLAH jua)..

    BalasPadam

Feel free to leave a comment! =)