Rabu, Disember 10, 2008

ARAMAITEEEEE!!!

10 DISEMBER, aku masih belum tidur sejak pulang dari Jusco. Malamku di rumah Ong diisi dengan sembang-sembang sambil aku membaca komik Misteri Naga kepunyaan Ong. Ong bercerita banyak, dari pengalamannya menjadi sukarelawan di Bukit Antarabangsa 2 3 hari lepas (dan dia belum tidur dari semalam) hinggalah kisah minatnya terhadap radio amatur. Kami lihat, radio mainan pun ada di biliknya (nampak sangat minatnya terhadap HAM memang sejak dari kecil lagi).

Habis membaca komik, aku menulis sedikit untuk diisi di blog. Perancangan awal kami adalah ingin bertolak pada pagi itu juga ke KL Sentral, pukul 2 pagi. Seorang demi seorang tumbang dan tidur dimulai Wak, Ong, dan Chan. Cuma tinggal aku masih memetik papan kekunci dan membaca komik. Sedar-sedar sudah pukul 1! Aku menggeliat, kepala terasa pening kerana tidak tidur dan perut mula kembung berangin. Ahhhh! Kalau aku tidur lewat selalu begini! Malah kaki mula lenguh kerana masih belum tidur. Aku bersiap-siap, ke tandas, dan mengemas apa yang patut. 1.50 pagi aku mengejut mereka dan terus bertolak ke KL Sentral, uncle yang hantar.

Tiba, bas pertama ke LCCT jam 3.15 pagi sedia menunggu. Ahhh, mengantuuukkk~ Sepanjang perjalanan aku terlena hingga sampai di LCCT. Jam ketika itu 4.30 pagi. Taklimat sedang diberikan oleh Encik Elias ketika kami sampai. Habis saja, kami bersiap-siap untuk check in. Kemudian, selesai semua urusan luggage dan sebagainya, masa kami diisi dengan melangut di ruang menunggu. Sebelum boarding, kami solat Subuh dulu, nasib baik sempat. Kami beratur dan mengambil tempat di dalam kapal terbang. Haha, pengalaman pertama naik kapal terbang memang melawakkan. Aku excited! Tapi buat-buat biasa saja. Tapi best! Hehehehe.. (lantak la kalau orang yang sudah biasa naik kapal terbang nak gelakkan aku ke atau apa, aku tak kisah!) Yang penting aku happy! Hohohohohohooo...

Berlepas saja, pukul 7.00 pagi ketika itu. Mentari sedang menjengah di ufuk timur. Mega putih suci begitu indah di waktu begitu. Seperti kapas saja, kadang-kadang seperti hutan awan dan dan kadang-kadang seperti padang saujana saja - indah! SUBHANALLAH! Oh TUHAN, tidak KAU jadikan sesuatu itu dengan kecelaan! MAHA SUCI ENGKAU, maka lindungilah kami dari azab api neraka! Amin... Perjalanan mengambil masa 2 jam 20 minit. Kami tiba di Kota Kinabalu...

Petang itu, selepas check in di Promenade Apartment Hotel, kami melawat Kadazan Dusun Culture Arts, Muzium Negeri Sabah, Rumah Budaya, dan Muzium Tamadun Islam. Banyak perkara menarik dapat kami lihat, terutama budaya kaum-kaum di Sabah. Terima kasih juga kepada Cik Inggit (apa ntah namanya - tak jelas) kerana sudi menemani kami mengelilingi Muzium! =)

Letih, kami balik ke apartment. Setelah solat, berjalan-jalan menjadi aktiviti kami. Kami sempat jenguk-jenguk Pasar Phillipine. Banyak mutiara, baju-baju, kasut dan sebagainya dijual di situ. Aku memilih kraftangan bekas pensel untuk adik-adikku. Untuk anak-anak buah pula aku memilih baju-baju Sabah. Tapi tidak banyak pilihan. Tengok la, hari keempat nanti aku jengah sekali lagi. Cukuplah malam ini.

Balik, minum di McD dan berlatih tarian poco-poco. Tak sempat habiskan latihan tarian Cinta Sayang kerana dimarahi pengurus apartment. Aku tak kisah, tak apa. Jadi, aku arahkan semua balik dan tidur. Esok nak bertolak ke Kundasang. Poring Hot Spring dan rumah keluarga angkat di Ranau menunggu kami. Jadi, ramai antara kami naik ke apartment masing-masing untuk berkemas, berehat dan tidur... Aku? Pergi Cyber Cafe kejap untuk menulis. Best pulak dah main tulis-tulis kat blog sekarang ni. Haha, aku dah mula gila blog. Tak apa la, sementara tak sibuk ni boleh la sikit-sikit.

Ok, dah nak balik dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...................................

2 ulasan:

  1. bagus dato.. teruskan mengomel.. biar jadi kenangan spnjg zaman.. jgn lupa terjah hutan keningau.. miahahahaha..

    BalasPadam
  2. haha, x sampai keningau lg la.. blum ader chance...

    BalasPadam

Feel free to leave a comment! =)