Ahad, Disember 07, 2008

AKU & KEGILAANKU

Dulu, aku selalu tengok ada sebuah van besar masuk ke perkarangan sekolah setiap hari Khamis. Ketika itu aku masih kanak-kanak, berumur 10 tahun. Van besar yang aku tengok itu adalah Perpustakaan Bergerak milik Perpustakaan Daerah Jerantut. Kenderaan itu saban minggu bertandang ke sekolah aku setiap Khamis. Dan saban minggu juga aku hanya melihat van itu sahaja - tanpa berpeluang memasukinya! Hanya ahli rasmi sahaja yang diberi kebenaran untuk menjengah dan meminjam buku dari perpustakaan itu. Aku jeles. Haha!

Suatu hari (setahun kemudian), guru kelasku membuka pendaftaran baru keahlian Perpustakaan Bergerak. Aku tanpa berlengah cepat-cepat mendaftar. Apa lagi, hari Khamis aku minggu-minggu seterusnya diisi dengan memilih buku-buku dan meminjamnya. Di Sekolah Kebangsaan Padang Piol tu bukannya tak ada perpustakaan, ada! Tapi buku-bukunya tak menarik sangat. Kebanyakannya aku dah baca. Lagipun, dengar nama Perpustakaan Bergerak pun aku dah pelik, sebab tu aku nak naik tengok-tengok! Haha!

Masih aku ingat, buku yang selalu aku pinjam ialah Novel, Cerpen, serta Kisah Laki-laki dan Perempuan di dalam Al-Quran dan Hadis. Kisah dari Al-Quran dan Hadis tu ada banyak jilid. Tak terdaya aku nak habiskan walaupun dah banyak kali pinjam. Begitulah setiap minggu berlalu sehingga habis sekolah rendah. Pinjam-Baca-Pulang, Pinjam-Baca-Pulang, Pinjam-Baca-Pulang. Hobi membaca aku berterusan hinggalah aku bersekolah menengah.

Tapi, masa sekolah menengah aku beralih minat. Aku lebih banyak baca komik. KREKO la apa lagi. Bertahun-tahun aku tinggalkan novel. Hinggalah suatu hari, semasa aku sedang bercuti semester 2 tahun lepas. Aku terjumpa buku bertajuk Pei Pan. Pei Pan? Apa buku ni tajuk macam buku Cina jer? Penulis - Ramlee Awang Murshid? Macam pernah dengar? 3 atau 4 tahun dulu aku macam pernah tengok buku ni, masa tu sahabat aku Hendy Putra sedang membacanya. Tapi masa tu aku layan komik jer. Kembali semula ke masa sekarang, aku pun baca la Pei Pan sampai habis! Wah, tak sangka, ingat nak baca 2 atau 3 muka surat jer, tapi macam magis, buku tu terlekat di tangan aku hinggalah aku habis membacanya! Aku lihat kembali nama penulisnya - Ramlee Awang Murshid. Hmmmm... Sesuatu bermain di fikiranku, mengagumi penulis.

Tapi, itu bukan lagi titik permulaanku menggilai karya Abg Ramlee. Tidak lama selepas itu (kira-kira setengah tahun kemudian), aku terlihat TOMBIRUO TERAKHIR kepunyaan kakakku - Kak Chik. Aku selalu jumpa buku ni di kedai buku, tapi kenapa aku tak beli ya? Ada orang kata cerita ni cerita seram. Setelah membaca Pei Pan dulu, aku buat keputusan untuk membaca TOMBIRUO TERAKHIR! Habis membaca aku terkesima - puas! Waaaaaarrrgghhhhhh bestnyer citer nih!!!???

Detik itu, aku mula mengikuti karya Abg Ramlee. Sahabatku Azlan b Ali Afandi membawakan Bagaikan Puteri. Kegilaanku bertambah! Hingga kini, aku ikuti karya Abg Ramlee (sampai tak nak baca karya penulis lain! Haha).. Setiap karyanya di pasaran aku beli (mungkin Personal Justice tak baca kot.. hehe.. sebab sama dengan ADAM - yeke?)

Semalam, 6 Disember 2008 aku sekali lagi khatam ADAM buat kali kedua! Best! Ayat "hati kita telah lama bersatu" betul-betul ironik!

Sekarang, selain komik-komik (yang KEKAL menjadi kegilaanku) aku mula menggilai novel semula...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Feel free to leave a comment! =)